Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 9 May 2012

TIMBALAN PENGERUSI GENTING KETUAI PANEL SIASATAN KEKASARAN POLIS SEMASA BERSIH 3.0


Kerajaan melantik Tun Haniff Omar sebagai Ketua Panel Penasihat Bebas yang bertanggungjawab menyiasat kekasaran anggota polis semasa menangani Bersih 3.0 pada 28 April 2012 lalu...

Tun Haniff Omar adalah bekas Ketua Polis Negara dan ini secara langsung menjadikan beliau sangat-sangat tidak sesuai untuk menjalankan siasatan ke atas salah laku anggota polis yang menzalimi,memukul dan menyepak terajang peserta Bersih 3.0..

Pengerusi Panel Bebas ini sepatutnya terdiri dikalangan
orang yang dikenal pasti sebagai individu yang tidak diragui kewibawaannya...
bukannya individu macam Tun Haniff Omar...

Haniff Omar ini...
selain selaku bekas Ketua Polis Negara yang memungkinkan beliau tidak berlaku adil dalam siasatan...

Beliau juga pernah mengatakan di dalam mahkamah semasa perbicaraan fitnah liwat siri pertama dahulu bahawa beliau tidak menjumpai larangan berjudi di dalam Al Quran...

Aku tidak mahu sentuh akidah beliau...
tetapi aku mahu persoalkan bagaimanakah seorang yang dikatakan beragama Islam dan Al Quran sebagai kitabnya, tidak tahu ada larangan judi di dalam Al Quran..?

Sedangkan di dalam Al Quran larangan berjudi terdapat di dalam beberapa surah..
antaranya..

"Wahai orang-orang yang beriman! 
Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
Surah Al-Maidah - ayat 90. 


Namun...
tiada berjumpanya Tun Haniff Omar ini dengan ayat larangan berjudi di dalam Al Quran boleh lah kita fahami apabila beliau merupakan Timbalan Pengerusi Genting Berhad yang mana sumber antara sumber utama perniagaannya adalah perjudian...





Orang yang semacam ini menjadi Ketua Panel Bebas untuk menyiasat kezaliman..?
Al Quran pun nak ditipunya....
korang pun boleh agak apa jawapan yang akan kita dapat nanti...

Ini bukan kali pertama..
BN dah banyak kali buat kerja bodoh macam ni...

Kerajaan nak curi dan kebas duit Felda,kerajaan letak kaki perasuah dan kaki seleweng jadi Pengerusi Felda...
maka mudahlah duit felda di belasah oleh kroni..

Masih nak sokong lagi..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive