Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 16 May 2012

TANGGAPAN PAPAGOMO TERHADAP JINGGA 13 ADALAH SALAH!!!


Baru-baru ini media baru baik Pakatan Rakyat mahupun di belah BN terkejut dengan blogger Papagomo yang memuji NGO Jingga 13 yang dikenali sebagai pendokong keadilan dan menentang kezaliman...

NGO Jingga 13 juga adalah pihak yang bertanggungjawab membuat laporan polis dan SPRM di dalam isu skandal Sharizat NFC sehingga meyebabkan beliau melepaskan jawatan Menteri pada 8 April 2012...


Baik..
dimana yang aku kata papagomo salah anggap tentang Jingga 13 ni..?

Mari aku tunjukkan kat sini...
salah satu perenggan di dalam artikel papagomo tu...
 
 
Ramai yang tidak sedar tentang perkara ini..
ramai yang share blog papagomo ni tanpa menidakkan pandangan penulis papagomo yang sememangnya diketahui umum sebagai penyebar fitnah terbesar dalam setahun dua ini..

Untuk pengetahuan semua..
Yang sebenarnya,Jingga 13 tidak menerima apa-apa peruntukan tetap dari Parti PKR,PAS,DAP mahupun kerajaan Negeri Selangor... 
jauh sekali dari Anwar Ibrahim...
Jingga 13 bergerak dengan wang mereka sendiri...
makan minum pun mereka "tong-tong" sesama mereka...

Risiko ditangkap polis juga mereka tanggung sendiri...
tiada apa-apa jaminan dari pihak parti mahupun kerajaan negeri yang akan membantu mereka sekiranya mereka ditangkap...
inilah perjuangan di dalam Pakatan Rakyat...

Dan lagi satu..
baca sini...


Papagomo menyatakan Jingga 13 ni melaporkan sesuatu yang tidak benar...
ini lagi satu melambangkan tahap emosi papagomo...

Sebenarnya setiap laporan yang Jingga 13 laporkan itu adalah beserta dengan fakta..
setiap isu yang diketangahkan oleh Jingga 13 akan dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa termasuklah Polis dan SPRM...

Kita lihat sahaja skandal NFC tu..
segala dakwaan dan pendedahan Jingga 13 tidak dapat dipatahkan oleh Pengerusi NFC sendiri iaitu suami Sharizat...

Di dalam perjuangan Pakatan Rakyat...
sememangnya tidak mudah dan tiada jalan yang memudahkan kita...
tetapi berkat kesugguhan kita menolak kezaliman kerajaan BN..
kita sanggup berkorban masa,tenaga dan wang sendiri demi menegakkan keadilan...


Jingga 13, Teruskan perjuangan...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive