Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 5 May 2012

SUDAH DUDUK 20 TAHUN - TIDAK DI ENDAH DI ZAMAN BN ,KINI PR BERI HAK MILIK


AMPANG, 4 MEI:  
Setelah lebih 20 tahun gagal di selesaikan pentadbiran Umno-BN, akhirnya lebih 100 penduduk Kampung Bukit Sungai Seputih bakal menerima surat hak milik tanah (notis 5A) dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata permohonan mereka untuk memiliki tanah yang setelah lama diduduki telah diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Rata-rata mereka ini telah
duduk di atas tanah mereka sudah cukup lama, ada yang sudah 20 tahun, tetapi tidak dapat perhatian semasa BN mentadbir negeri Selangor.

“Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, kita perkenalkan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian bagi memberi peluang rakyat negeri ini memiliki tanah yang telah mereka diami semenjak sekian lama dengan bayaran premium RM1,000 sahaja.

“Dengan bayaran premium RM1,000 penerima notis 5A menjadi pemilik sah tanah dan mereka hanya dikenakan bayaran penuh sekiranya mereka menjual tanah tersebut,” jelas Khasim ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Khasim memberitahu penyerahan notis 5A akan dibuat dalam satu majlis yang akan diadakan pada bulan ini.

“Bulan ini akan diadakan satu majlis penyerahan. Maknanya ini adalah penyelesaiaan kepada masalah pemilikan tanah seperti permohonan lama yang tidak diproses dan sebagainya,” ujar beliau lagi.

Pemilik tanah lot tersebut sebahagian daripada lebih 242 individu di Kampung Bukit Sungai Seputih yang diberi hak milik tanah.

Seramai 142 daripada mereka sudah menerima notis 5A daripada Kerajaan Negeri dalam satu majlis awal tahun ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Seramai 79 peniaga Kampung Bukit Sungai Seputih dan Kg. Tasek Permai juga meneriman Notis 5A pada majlis itu.

Penerima lot individu dari Kampung Sungai Putih telah menantikan notis ini semenjak 15 tahun lalu. Manakala peniaga Tasik Permai pula menanti notis yang sama semenjak 34 tahun lalu.

Skim Pemilikan Kediaman Persendirian adalah satu program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Ia memudahkan proses rakyat mengambil alih pemilikan tanah secara sah atau melanjutkan tempoh pajakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive