Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 14 May 2012

NASIB KITA JIKA TEGAKKAN KEBENARAN DI MALAYSIA - KERANI BANK DITEKAN KERANA DIDAKWA MEMBERI MAKLUMAT PENYELEWENGAN NFC


Inilah nasib rakyat di dalam negara kita ini jika kita mendedahkan salah laku orang besar dalam negara kita ini...
walaupun secara jelas pemimpin kita itu melakukan kesalahan dan dibuktikan dengan data-data dan fakta hitam putih..

Mereka tetap akan nampak seperti tidak bersalah...
manakala rakyat marhaen yang mendedahkan isu tersebut pula yang diburu dan cuba disalahkan...
walaupun belum pasti lagi siapakah sebenarnya yang melakukan pendedahan tersebut...

Johari (tengah)
Inilah yang berlaku dan terpaksa dihadapi oleh bekas kerani bank,Johari
Mohamad yang didakwa membocorkan maklumat perbankan yang seterusnya menjadi bukti penyelewengan NFC terhadap wang pinjaman mudah kerajaan untuk projek penternakan lembu fidlot bagi membeli harta peribadi keluarga mereka...

Untuk makluman peneroka Felda yang merupakan ahli-ahli UMNO yang baru dapat durian runtuh dari Felda walaupun sebelum Saham Felda diniagakan...
isteri kepada bos NFC yang seleweng tu adalah Ketua Wanita UMNO...

Akibat dari tidak boleh menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan..
maka Sharizat mengambil keputusan untuk tidak menyambung jawatan Senator beliau sekaligus melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April 2012 lalu...

Menurut Naib presiden PKR, N Surendran..
"Sama ada dia (Johari) pembocor maklumat atau tidak, pokoknya pihak berkuasa memburu orang yang mendedahkan penyelewengan dana awam berjumlah suku juta ringgit dan ini salah.

“Hentikan siasatan ke atas Johari segera kerana jika beliau merupakan pembocor maklumat, beliau sepatutnya diberikan anugerah," katanya dalam sidang media bersama Johari di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan dipercayai melibatkan salah satu daripada siri pendedahan oleh pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli, khususnya berhubung pembelian hartanah bernilai RM10 juta di KL Eco City oleh NFC.

Johari Mohamad, mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai Public Bank dan Bank Negara selama lebih seminggu sebelum diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan tersebut.

Johari berkata beliau kemudiannya meletak jawatan pada 2 Mei lalu atas alasan tidak tahan dengan tindakan berkenaan.

"Saya telah melalui proses siasatan dalaman di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja

Johari turut ditanya sama beliau boleh mengakses maklumat dan dokumen bank seperti yang dinyatakan dalam notis perbicaraan dalaman tersebut."Saya (hanya) sebagai kerani bank, saya tak boleh akses lebih daripada itu," katanya yang berkhidmat 17 tahun di bank tersebut.

Jawapannya itu disambut Surendran yang berkata siasatan ke atas Johari masih berlangsung dan pihaknya tidak mahu menimbulkan prejudis ke atas perkara itu.

Orang yang didakwa mendedahkan maklumat penyelewengan pula yang disiasat teruk...
apa punya sistem negara kita ni...

Tak kira sesiapa pun...
sepatutnya pemberi maklumat bagi sesuatu yang dianggap salah dan jahat hendaklah dilindungi...

Malah bukan lah sesuatu yang melampau sekiranya diberikan pujian dan anugerah terhadap keberanian beliau...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive