Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 10 May 2012

KATA PERTAHAN TANAH MELAYU - TAPI UMNO TANJUNG KARANG JUAL TANAH LAGI


Pelik tapi benar...!!
Bila UMNO kata mereka pertahankan tanah rizab melayu yang dahulunya 3 juta hektar..
tetapi kini tanah rizab melayu ni hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja,1.3 juta hektar hilang..

Di Selangor ini pula...
Bila UMNO kata mereka pertahankan tanah hak milik kerajaan negeri..
tetapi UMNO jugalah yang dengan rakusnya menjual tanah anugerah kerajaan negeri BN terdahulu kepada bukan melayu bagi mendapatkan wang mudah...

2


Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.

Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.

Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.
Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau. 

“Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.

“Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.

“Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.

“Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.

“Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit,” beritahu Misran.

Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.

Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.

Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.

QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.

Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.

Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.

“Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.

“Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu,” kata beliau lagi.
Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.

Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.

kah..kah..kah..
memang tak boleh pakai le UMNO ni...
 
Itu belum lagi aku cerita tentang UMNO kata nak jaga kepentingan Sultan dan Raja Melayu tu...  
kah..kah..kah...
kata nak jaga sultan,tapi kuasa sultan hilang...
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive