Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 11 May 2012

HARGA MINYAK TURUN DI SELURUH NEGARA DALAM TEMPOH 24 JAM!!


Harga petrol di seluruh negara akan diturunkan di dalam tempoh 24 jam...
ini akan dilakukan kerana Malaysia sememangnya mampu untuk memberikan kadar harga petrol yang lebih murah kepada rakyat...

Penurunan ini akan memberikan kelegaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah yang selama ini terbeban dengan kos hidup yang semakin tinggi..

Rakyat akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM200 sehingga RM400 sebulan,jumlah penjimatan itu adalah mengikut kadar
penggunaan individu apabila harga minyak diturunkan nanti..

Dan ini akan memberikan tambah nilai wang di dalam perbelanjaan sesebuah keluarga..
apabila rakyat mempunyai lebihan wang,ini akan menyumbangkan kepada perbelanjaan bagi keperluan lain dan ini sekaligus merancakkan ekonomi negara..

Apa yang pasti,tiada seorang pun yang akan marah dan sedih dengan penurunan harga Petrol ini..
semuanya suka dan sokong kerana rakyat Malaysia ini masih ramai lagi yang mendapat gaji di bawah RM1,500 sebulan...
tak kira parti apa pun,semuanya akan sokong...

Itulah yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim selama ini..
dan semalam,beliau mengulanginya sekali lagi..

Beliau berkata,apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya...
selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri...
beliau meminta rakyat memberikan beliau tempoh 24 jam...
di dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah memegang jawatan dan menubuhkan kerajaan secara rasmi,beliau akan membuat pengumuman harga petrol akan diturunkan...

Ini baru betul Malaysia boleh!!

4 comments:

  1. umno tk berani janji mcm ni.

    umno jg tk berani janji bagi air free 21m padu kt selangor. lebih 1 m padu jadi lah.

    ReplyDelete
  2. janji2 PR ini memeningkan umno dan najib.

    mereka takkan mampu berjanji lebih atau sama dengan janji anwar.

    anwar berjanji pada setiap kali ceramah. kalau dia tk berani dia takkan berjanji begitu.

    kerana itu tektik terdesak najib ialah menabur sebanyak2 duit kepada rakyat mudah2an mereka gembira melompat2 mcm org umno dapat durian najib.

    apa peancangan masa depan utk rakyat?
    apa usaha utk menyekat monopoli korporat ke atas
    ekonomi dan keperluan asas rakyat?

    duit boelh ditabur tapi sekali saja, sedangkan selepas menang selama 5 tahun umno dan korporat akan sembelih rakyat semula.

    ReplyDelete
  3. biasanya..
    tahun pertama selepas BN menang pilihanraya,BN banyak melakukan kenaikan harga barang seperti ,petrol,beras,gula,letrik dan lain2 lagi..
    tetapi setahun sebelum pilihanraya pulak BN akan bagi RM500 pada orang melayu... maka menangislah melayu terharu.... dan terus janji akan undi BN...
    begitulah alkisahnya BN perdayakan sifat jiwa lembut melayu yang mudah sejuk dan melayu pula memang jenis muda lupa kezaliman BN selama ini..
    begitulah pusingan roda nasib melayu di negara ini

    ReplyDelete
  4. turun harga minyak rakyat untung? sebahagian jer untung, fikirkanlah orang kampung banyak mana sangat guna minyak. yang untung besar puak puak perut besar yang penggunaan minyaknya mencapai ratusan ringgit sehari melebihi perbelanjaan seminggu kaum petani, nelayan, buruh kasar. sebenarnya itu janji nak raih undi.semacam jer dengan bagi duit RM 500. bagi aku kalau nak tolong rakyat perjuangkanlah agar pendapatan perkapita rakyat malaysia tidak terlalu ketara perbezaannya. ini macam langit dengan bumi jurangnya. Khalifah Umar ibnu aziz sebelum jadi khalifah, kuda adalah kenderaannya, bila jadi khalifah jalan kaki jer dia, inilah ciri pemimpin tulen. kat malaysia ada ker? belanja majlis bertunang anak pun hampir setengah juta . Yang cita cita nak jadi PM tu pulak belanja naik turun mahkamah jer dah berjuta. dari mana depa dapat duit? ambik duit rakyat ker depa main nombor ekor?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive