Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 10 May 2012

HANIFF OMAR KETUAI PANEL PENASIHAT BEBAS HANYA SANDIWARA - ANWAR IBRAHIM CLUB.


Sebelum ini...
aku ada mengeluarkan post berkenaan ketidaksesuaian Tun Haniff Omar menjadi pengerusi Panel Bebas bagi menyiasat kekasaran anggota polis semasa Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu...
sebab-sebabnya ada aku nyatakan (DI SINI)

Banyak pihak yang tidak puashati dengan perlantikan ini...
rata-rata mereka membayangkan bahawa penyiasatan di bawah Haniff Omar tidak akan kemana kerana tiadanya ketelusan di dalam siasatan tersebut...

Hari ini Anwar Ibrahim Club (AIC) juga turut melahirkan ketidakpuasan dengan perlantikan ini...



Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mempertikaikan keputusan kerajaan yang melantik Tun Hanif Omar mengetuai enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Panel Penasihat Bebas itu terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
AIC ingin mempersoalkan tentang kebebasan yang dimiliki oleh Panel Penasihat tersebut memandangkan majoriti daripada anggotanya adalah masih atau pernah berkhidmat dengan kerajaan dan juga mewakili kepentingan-kepentingan korporat yang mereka ketuai.
Amatlah malang juga apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak dipertanggungjawabkan bagi mengetuai siasatan ini atau, sekurang-kurangnya tiada seorang pun wakil Suhakam yang dijemput bagi menganggotai Panel Penasihat yang dibentuk ini. 

Justeru AIC melihat ini lebih kepada satu lagi bentuk sandiwara kerajaan untuk membolehkan satus quo keadaan pada 28 April lepas memihak dan memberi kelebihan persepsi terhadap mereka. 
Tindakan kerajaan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga adalah satu langkah aneh dan terdesak, seolah-olah tidak mempercyai sebuah badan dunia yang Malaysia sendiri menyertainya sebagai anggota. 
AIC juga mempertikaikan pemilihan langsung yang dibuat terhadap Tun Hanif Omar yang sebelum ini begitu lantang mengkritik penganjur dan ratusan ribu rakyat yang menyertai Bersih 3.0 , satu sikap prejudis yang dipercayai bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi terhadap keganasan oleh polis terhadap rakyat seperti yang dilaporkan berlaku pada Bersih 3.0 
AIC mencabar Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri untuk berlaku adil dan benar-benar telus bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang kejadian yang berlaku pada 28 April lalu, yang telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan melihat kebangkitan rakyat dari satu sudut positif untuk membawa perlaksaan sistem di negara ini lebih teratur dan dipercayai.


Generasi Penggerak Zaman
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

1 comment:

  1. Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
    Bahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral

    Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar

    马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.

    今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.

    Brother And Sister Of the respectfully
    That YIP KUM FOOK, MCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral

    Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive