Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 29 May 2012

DIHALAU DARI MASJID - ALHAMDULILLAH, ANWAR LULUS UJIAN.


Anwar dihalau dari masjid...
itulah yang berlaku di Masjid Taman Sri Pulai Perdana,Johor...

Difahamkan Anwar Ibrahim yang ingin memberikan tazkirah ringkas selepas solat Maghrib dihalang oleh beberapa orang tua yang kemungkinannya warga UMNO
memandangkan tahap kebencian beliau terhadap Anwar Ibrahim...

Pemimpin Pakatan Rakyat memberikan tazkirah di dalam masjid ini adalah perkara biasa bagi aku...
aku biasa dengar dan biasa lihat...

Ini kerana mereka sememangnya boleh dan berkemampuan untuk memberikan tazkirah agama kepada para jemaah,sesuatu yang agak mustahil untuk pemimpin UMNO lakukan...

Lantaran kebolehan mereka itulah, maka mereka kerap kali dihalang...
setakat yang aku pernah dengar dan lihat, tazkirah yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat masih di dalam konteks agama dan bukannya berkisar politik kepartian...

Berbalik kepada isu Anwar dihalang dari memberikan tazkirah tu tadi..
dapatlah kita fahami di sini isunya bukanlah bersangkutan samada isu tazkirah politik atau tidak..

Isu sebenarnya adalah...
musuh-musuh Anwar sangat bimbang kiranya tazkirah agama yang disampaikan Anwar itu akan membuka mata rakyat Taman Sri Pulai terhadap Anwar Ibrahim..

Ini kerana Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 tidak henti-henti difitnah,dihina dan diaibkan dengan perlbagai cara dan rupa..

UMNO sentiasa berusaha memberikan gambaran yang negatif kepada rakyat mengenai diri Anwar melalui fitnah-fitnah mereka...

Dan kebanyakan orang yang terpengaruh dengan fitnah tu pun bukannya kenal siapa Anwar secara peribadi..

Jadi,UMNO akan sentiasa berusaha menutup segala ruang yang mungkin membolehkan rakyat mengenali Anwar Ibrahim dan seterusnya membuka mata mereka...

Itulah sebabnya ceramah Anwar kini semakin kerap diserang...

Kita lihat sahaja dalam video ini..
majoriti jemaah sangat senang dengan Anwar Ibrahim..
yang menghalang cuma seorang dua sahaja..

Dan aku juga pasti...
akan ada insan yang akan "terkesan hati mereka" dengan sikap sabar dan tenang yang ditunjukkan oleh Anwar tu...

Dari segi moral,Anwar menang....
Alhamdulillah..... 



Alhamdulillah...
Anwar lulus ujian....

12 comments:

  1. tazkirah agama dari anwar? sapa yang nak ditipu ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaaa, org dh bagitau dah, Jangan ikot AMENOOOOOO, nanti Jadi BODOHHHHH, BANGANGGGGGGG, BAHALOLLLLLLLL, BIOLLLLLLLLll,, nengok kan dah NAMPAK KE BODOHHHHH an,Ke BANGANGGGGGGG an, ke BAHALOLLLLLLLL an, ke BIOLLLLLLLLll an nya BARUA BARUA LAHANAT AMENOOOO YAHUDI ni

      Delete
    2. Alip Mim Nun Wau = SARKIS DAaa29 May 2012 at 03:00

      Macam dialog dlm salah 1 citer P Ramlee ,,, TERLALU BODOHHHH

      Delete
    3. anon yg jd pencacai umngok..lu baik jgn sokong umngok la..klu x, sia2 je di cop bongok dari lembu NFC..kah kah kah

      Delete
  2. respect betol dengan kredibiliti dan sakhsiah yang ade pada DSAI...tenang bersahaja dan tenang walaupun dalam tidak diterima orang...hidop PR...Takbir!!!!

    ReplyDelete
  3. kena faham apa maksud tazkirah..
    tazkirah bukan setakat cerita pasal hukum-hukum..
    ianya luas,... jangan sempitkan agama...
    mengajak kepada kebaikan juga adlah dituntut oleh agama...
    jadi janganlah bila dikatakan tazkirah agama tu korang ingat macam uztaz ceramah tentang cara2 solat,wuduk dan sebagainya...
    agama tu luas... jangan sempitkan minda...

    ReplyDelete
  4. Kalo setakat nak seru org lain jgn jadi perasuah, jgn jd balaci penjenayah, jgn khianat islam, jgn belakangkan prinsip keadialan, x semestinya hanya ustaz yg bole lakukan. Org lain pun berhak menegakkan ammar makruf nahi mungkar. So umno, plz bukak skit ruang lingkop agama. Kalo x, islam lingkop bersama2 umno, cam skrang ni... Islam tu syumul bro

    ReplyDelete
  5. Nabi kita Muhammad s.a.w. lagi teruk kena semasa berdakwah di Taif. Dibaling batu dan najis, darah mengalir sampai ke tumit kaki. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun dukacita.

    ReplyDelete
  6. Hmm..rasakan..tazkirah ke bendanya..diri sendiri pun tak betul.nak bagi tazkirah.buntut la ..

    ReplyDelete
  7. hancurkan melayu.....hancurkan islam..........ikut cara barat.....pastikan anak bangsa semua diberi sama rata.....agungkan bangsa selain melayu....buang melayu.....itu yang engkau orang mahu orang melayu tidak semestinya islam ni.......setiap yang bernama melayu adalah islam...........jika dia melayu tidak islam bererti dia murtad dan boleh dihukum BUNUH...melayu semamangnya BERAGAMA ISLAM.........ITU KENA FAHAMMMM>>>>>>>>>>

    ReplyDelete
  8. Anwar tidak dihalau... Beliau sebenarnya dihalang kerana beliau nak beri ucapan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jawatankuasa surau (bukan masjid). Umum mengetahui Anwar lebih dikenal sebagai icon politik... Jawatankuasa surau pula tak nak aktiviti di surau dicampur adukkan dengan politik... Selepas diterangkan Anwar keluar dengan baik tanpa disuruh atau dihalau oleh sesiapa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive