Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 25 May 2012

CERAMAH PAKATAN DI SERANG - BOLEH DIELAK JIKA POLIS TIDAK TUNDUK DENGAN UMNO!


Semalam berlaku satu lagi insiden keganasan penyokong UMNO terhadap ceramah Pakatan Rakyat yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim...
hujung minggu lepas insiden yang sama juga berlaku di Merlimau Melaka..

Insiden semalam menyebabkan seorang warga emas turut menjadi mangsa apabila kepala beliau berdarah dibaling batu oleh pemuda UMNO yang sengaja mengadakan ceramah
UMNO di bersebelahan ceramah Pakatan Rakyat..

Bagi aku..
insiden ini boleh dielakkan sekiranya polis bersikap adil dan profesional...

Adalah tidak munasabah polis boleh memberikan permit kepada ceramah UMNO yang sengaja memilih tempat ceramah di bersebelahan tapak ceramah Pakatan Rakyat..

Sepatutnya polis bertindak begini...
apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah dan permit yang diminta telah pun diberi maka polis sepatutnya tidak meluluskan permit ceramah UMNO yang sengaja diadakan di bersebelahan

Apatah lagi hanya pagar sahaja yang memisahkan tapak ceramah kedua belah pihak..

Sekiranya UMNO meminta permit maka polis boleh meminta mereka mengadakan ceramah di tempat lain yang agak berjauhan dari ceramah Pakatan Rakyat yang terlebih dahulu mengadakan perancangan untuk sebuah ceramah..

Kisah ini pernah berlaku di Jalan Kebun tidak berapa lama dulu...

Pada waktu itu...
ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Kebun telah pun mendapat permit lebih awal...

Apabila UMNO tahu Pakatan Rakyat sudah mendapat permit, maka ceramah UMNO yang sepatutnya diadakan di Taman Johan Setia yang jaraknya 5 km dari tapak ceramah Pakatan Rakyat...dengan secara tiba-tiba UMNO memindahkan ceramah mereka ke tapak bersebelahan dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat..

Dan dipendekkan cerita..
apabila urus setia ceramah Pakatan Rakyat menyedari hal berkenaan...
urus setia mengalah dengan mereka mengambil keputusan memindahkan ceramah Pakatan Rakyat ke satu Dewan MBSA di Jalan kebun...

Dewan yang sama berlakunya siri serangan berdarah pemuda UMNO terhadap seorang lelaki india seminggu sebelum itu...

Polis pasti mengetahui bahawa kebelakangan ini UMNO kerap menyerang ceramah Pakatan Rakyat...
dan membenarkan UMNO mengadakan siri ceramah provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat yang dipisahkan oleh pagar,bukanlah suatu tindakan yang bijak dari pihak polis..

Inilah tandanya pihak polis tunduk kepada UMNO...
sedangkan pihak polis sepatutnya mengelak insiden provokasi dari mana-mana pihak daripada berlaku...

Kalau nak tahu akan kebenaran pandangan aku ini..
aku mencadangkan Pakatan Rakyat cuba minta permit ceramah di mana-mana tapak bersebelahan dengan tapak ceramah UMNO...
mesti tidak lulus punya...

Tapi kalau UMNO yang minta,boleh pulak..?

1 comment:

  1. Mu ni gak, cakap macam orang tak tahu hal politik malaysia. Bukan kah PDRM salah satu sayap UMNUU dan berpandukan itu ler ia sengaja membenarkan ceramah diadakan sebelah menyebelah. Ini semua rancangan gerombolan untuk PROVOKE penyokong Pakatan dan kalau ahli/penyokong bertindak balasa maka mereka akan masuk perangkap yang memang sengaja dipasang oleh mereka ini.Apabila bertindak balas walaupun untuk mempertahankan diri ia akan dianggap sebagai serangan penyokong pakatan terhadap penyokong UMNUUU maka cerita ini akan diputar oleh TV3 suku dan semua media massa aliran kerajaan MENYALAHKAN PENYOKONG PAKATAN. Mereka yang ditangkap akan ditayanmgkan dalam media UMNUU untuk 10 hari siang dan malam. Lain itu mu fikir lah sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive