Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 3 May 2012

49 PESERTA BERSIH 3.0 DICARI - POLIS GUNA KAEDAH REFORMASI 1998.


Polis sudah mengenal pasti 49 individu yang konon-kononnya bertindak ganas semasa Bersih 3.0 baru-baru ini...
polis menggunakan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh anggota polis yang turut berada bersama dengan peserta Bersih 3.0 untuk mengenal pasti 49 individu berkenaan..

Kalau kita ingat..
kaedah ini juga digunakan semasa zaman reformasi 98..
waktu tu polis siap siarkan muka kita di dalam akhbar utusan lagi..

Waktu tu,ada yang pergi serah diri di balai polis dan
didakwa,ada juga yang hanya diambil keterangan mereka kemudian dibebaskan..
malah ada juga yang langsung tak pergi ke balai untuk serah diri dan sehingga kini langsung tiada dikenakan apa-apa tindakan walaupun muka dah disiarkan ke dalam media perdana...

Bagi aku bukan sahaja kaedah polis ini sama dengan cara zaman reformasi tahun 1998...
tetapi semangat peserta Bersih juga...
kekuatan jumlah yang hadir..
Bersih 3.0 adalah sama dari beberapa sudut jika mahu dibandingkan dengan reformasi 98 malah ianya lebih lagi jika dilihat dari sudut yang lain pula...

Bukan senang kita nak perjuangkan sesuatu yang baik di dalam satu sistem yang zalim yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin yang sudah kemaruk kuasa dan tidak mahu kehilangan kuasa...

errr...
polis yang secara ganasnye mencederakan peserta bersih dengan memukul,menyepak,menampar walaupun tangan mereka sudah terikat dan dipegang pulak oleh 20 anggota polis...
itu tak dikira ganas ker..?

Polis edar 49 gambar individu terlibat insiden keganasan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 3 Mei — Lanjutan insiden keganasan ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih 28 April lalu, pihak polis hari ini mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung keganasan sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.

Namun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, antara 49 individu tersebut, tiada seorang pun daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis.

“Pihak polis telah mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 dan meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Kalau ada (pihak) polis, ia mudah. Kita senang nak kenal pasti mereka,” katanya menjelaskan tiada polis terlibat dalam 49 individu terbabit.

Menurut Mohmad, pihaknya juga telah menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peguam, wartawan, peserta perhimpunan, peniaga, orang awam dan juga pihak polis berhubung insiden keganasan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka minggu lalu.

Selain itu, Mohmad turut menjelaskan, jumlah keseluruhan tangkapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah seramai 513 individu dengan 22 daripadanya adalah pelajar.

“Kami juga mengharapkan individu yang terkilan dengan tindakan polis ketika perhimpunan untuk berhubung terus kepada Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7, ASP Azmi Aziz, di talian; 0122602344, 0193872344, atau emel azmiaziz@rmp.gov.my,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

“Saya memberi jaminan, kesemua laporan polis ini akan diterima dan disiasat seadil-adilnya untuk memastikan proses perundangan di negara ini dapat ditegakkan sepenuhnya,” katanya.

Tambah Mohmad, sekiranya ada pihak yang mempunyai bukti keganasan polis kepada perusuh, orang awam, dan juga wartawan, polis menyeru mereka tampilkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Dakwaan sahaja tidak memadai. Sila tampil dengan bukti kukuh supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini,” tegasnya menjawab pertanyaan wartawan berhubung keganasan polis terhadap pengamal media.
“Malah, polis juga sudah mengenal pasti alamat sebahagian daripada 49 individu ini,” katanya mengesahkan tiada pemimpin mana-mana parti ataupun pertubuhan dalam gambar tersebut.
Mohmad turut menjelaskan, sepanjang penyiasatan pihak polis terhadap insiden keganasan Bersih 3.0 itu, tiada pihak polis yang ditahan.

“Buat masa ini, masih belum ada jumlah bilangan anggota polis yang ditangkap,” katanya lagi.
Selain itu, Mohmad turut menegaskan, mana-mana pihak yang didapati bersalah mencetuskan keganasan ketika perhimpunan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan.
“Mereka ini boleh didakwa di bawah banyak kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” tambahnya.

malaysianinsider

5 comments:

  1. Pada 28/08/2009 demonstrasi kepala lembu jadi isu panas menggemparkan negara. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil Hindu dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan sikap pemimpin Islam PR yang keluarkan pelbagai fatwa konon demo kepala lembu menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa setiap bantahan penduduk pemimpin PR salahkan UMNO?. Kenapa pemimpin dan blog pro PR membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Melayu bawa kepala lembu jadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli sensitiviti penduduk Seksyen 19?. Aktiviti kuil mengganggu ketenteraman awam dikawasan majoriti Islam. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pada April 2008 bendera PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah?. Kenapa bendera parti Islam berkibar disitu?. Pada 26/07/2008 pengunjung kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar waktu tengah malam jam 1 pagi, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat Shah Alam walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Malah gangguan semakin kronik hingga Dis 2008 penduduk minta bantuan NGO. Kedatangan NGO diserang Khalid Samad (semak minaq jinggo 08/01/2009 Ahli Parlimen pertahan kuil). Berderet artikel Khalid Samad menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. UMNO dipersalahkan konon tidak selesaikan isu kuil Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad membela pihak yang buat provokasi kepada penduduk Islam?. Kenapa wakil rakyat tidak peduli situasi sukar, tekanan emosi dan risiko dihadapi penduduk ketika itu?. Adakah YB Khalid menunggu keadaan jadi kritikal baru hendak membantu?. Kenapa tidak persoalkan kenapa pihak kuil enggan keluar walaupun sudah diarahkan pindah?. Kenapa kuil kecil itu dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT walaupun mereka tahu disitu tapak rumah PKNS?. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN pada 29/12/2007 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Gangguan kuil semakin menjadi-jadi hingga berlaku pelbagai ugutan. Aduan demi aduan tidak ada tindakan, bila minta bantuan luar Khalid Samad buat pelbagai tuduhan. Pada Jan 2009 NGO hantar memorandum desak kuil pindah. PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam bantah tidak mahu kuil besar dibina dikawasan mereka. Mereka persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tiada wakil penduduk Sek 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?. Pagar tapak kuil satu ekar di conteng penduduk kerana marah tapi MB Selangor berkeras hendak bina kuil disitu. Kenapa Pertubuhan NGO Islam lebih prihatin membantu penduduk Islam?. Selepas demo kepala lembu kuil tidak jadi dibina di bersebelahan padang permainan Seksyen 23, kuil Seksyen 19 dipindahkan bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kita bersimpati kepada 6 NGO Islam dan 6 penduduk Seksyen 23 yang terpaksa turun naik mahkamah kerana demo kepala lembu. Pihak yang menyebabkan bantahan penduduk Seksyen 23 menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Sebuah filem dokumentari Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ditayangkan di Menara PKNS pada 16/10/2010 memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 (http://freedomfilmfest.komas.org/fff/kisah-tauke-mancis-minyak-tumpah). Wakil Rakyat Shah Alam menyalahkan UMNO dalam isu kuil di Seksyen 19 dan bantahan penduduk Seksyen 23. Penduduk yang menonton filem itu tahu fakta sebenar berlaku di Seksyen 19 dan sebab berlakunya bantahan penduduk Seksyen 23. Isu kuil Seksyen 19 hanya selesai pada 02/02/2012 selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan menjadi isu Negara tahun 2009.

    ReplyDelete
  2. www.khalidsamad.com - Petikan blog Khalid Samad - Isu Kuil Seksyen 19

    Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris
    Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Melihat dia teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR gagal menyelesaikan masalah di Selangor. NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

    Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.

    Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
    Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

    Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23
    Terima kasih diucapkan atas komen-komen yang terima, termasuk yang menolak dan mempertikaikan tulisan saya. Isu yang dibincang memang ‛sensitif’, kerana dijadikan sensitif. Lebih-lebih lagi bila ada tukang perhangat. Namun perbincangan rasional perlu untuk menyelesaikan masalah yang diwarisi.

    Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.

    ReplyDelete
  3. http://pewarisummah.blogspot.com/
    TUESDAY, JANUARY 13, 2009
    ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
    KUIL YANG MENYUSAHKAN PENDUDUK SETEMPAT :
    ADUAN 2 - PENDUDUK BENGKEK
    Merujuk kepada komen YB Khalid Samad
    “Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
    1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
    2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
    3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
    4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
    5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
    6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.

    Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan :

    1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
    2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
    3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGGING.

    Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.

    1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
    2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
    3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
    4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
    5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.

    # Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.

    1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
    2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat .
    3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
    4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
    5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE”.
    7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”

    ReplyDelete
  4. Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun

    SHAH ALAM 13 Sept 2009 - Penduduk Seksyen 19 di sini menafikan kenyataan seorang wakil penduduk Hindu di situ yang menyatakan Kuil Sri Maha Mariaman telah wujud 106 tahun sebelum merdeka. Kenyataan mengenai usia kuil itu disuarakan oleh seorang penduduk pada sesi dialog penduduk Seksyen 23 bersama Menteri Besar Selangor di sini pada 5 September lalu.

    Penduduk mendakwa kenyataan tersebut tidak berasas kerana ketika mereka berpindah ke situ pada tahun 1988, kuil itu hanya berkeluasan kurang 1.5 meter persegi dan sudah tidak digunakan lagi. Kuil itu difahamkan dibina untuk sementara sahaja bagi kegunaan pekerja estet.

    Seorang penduduk Khatijah Abu Bakar, 51, memberitahu, kenyataan wakil penduduk itu langsung tidak masuk akal kerana ketika berpindah ke Seksyen 19 pada 20 tahun lalu, kuil tersebut sudah lama ditinggalkan. Ketika itu katanya, difahamkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjanji untuk merobohkan kuil berkenaan kerana kawasan tersebut sepatutnya dibina enam belas buah rumah.

    Tetapi jelasnya, pada tahun 2000 kuil tersebut diaktifkan semula oleh penganut Hindu dari Seksyen 20 dengan pengubahsuaian serta pembesaran kuil dilakukan pada 2006. ''Keadaan itu memaksa perwakilan penduduk membuat aduan dan satu papan tanda telah diletakkan oleh PKNS bahawa penceroboh akan didakwa.''Tetapi amaran tersebut tidak diendahkan oleh pihak kuil dan meneruskan pengubahsuaian itu sehingga hampir dengan rumah kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

    Dia mendakwa semenjak pemerintahan kerajaan campuran di Selangor, majlis yang diadakan di kuil itu tidak lagi dikawal dan seperti mendapat sokongan daripada pemimpin.

    Seorang lagi penduduk, Sharkhiyah Ahmad, 51 berkata, kenyataan wakil penduduk semasa sesi dialog itu hanya mahu meraih simpati hingga cuba mereka-reka cerita tanpa fakta yang betul. ''Kenyataan wakil penduduk itu hanya cakap kosong sahaja bagi menarik simpati pihak kerajaan negeri yang seolah-olah memihak kepada mereka. ''Saya pun hairan kenapa pihak kepimpinan sekarang terlalu mengikut kata-kata mereka berbanding suara kaum majoriti?"ujarnya. Sharkhiyah turut menyifatkan pemimpin tertentu seperti talam dua muka iaitu menyatakan sokongan ketika berdepan kaum majoriti Melayu tetapi beralih ke belakang bersekongkol dengan pihak lain.

    ReplyDelete
  5. Selepas demonstrasi kepala lembu, kuil tidak dibina bersebelahan Padang Permainan Seksyen 23. Kuil di Seksyen 19 pula terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko. Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010. Pada Julai 2011 penduduk melihat kuil baru di Seksyen 23 masih belum lagi disiapkan. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Dato' Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil itu keSeksyen 23 disegerakan. Laporan dokumen Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Julai 2009 yang ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam ada laporan yang ditulis ia-itu pihak Polis menasihatkan pihak MBSA memindahkan kuil di Seksyen 19 bagi mengelak perkara tidak dingini terus berlaku.

    Kuil yang mengganggu ketenteraman awam penduduk di Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Blog pro PR membuat ulasan UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS Seksyen 19 sudah digantikan tapak baru dikawasan seluas satu ekar di Seksyen 23. Pemimpin dan media PR memuji kuil berjaya dipindahkan dengan kerjasama pihak kuil itu. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa tanpa bantahan serius oleh penduduk dan campur tangan Pertubuhan NGO masalah penduduk tidak akan selesai. Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga tahun 2012. Hakikatnya pelbagai masalah yang berlaku dalam masa empat tahun PR berkuasa (Mac 2008 – Januari 2012 lebih teruk berbanding semasa BN dahulu). Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama tujuh bulan selepas campur tangan NGO Islam pada Januari 2009. Tetapi keramaian bergendang berlaku semula pada bulan Ogos, November dan Disember 2009. Pintu pagar gelanggang dibina NGO telah diconteng nombor gengster 303, dinding gelanggang diconteng perkataan yang bermaksud mencarut, dalam gelanggang sering dibaling botol-botol arak. Papan tanda Tapak Gelanggang Pewaris telah dirosakkan. Keramaian kuil pada 11/08/2010 hingga 15/08/2010 dalam bulan Ramadhan mendapat kebenaran YB Adun konon upacara terakhir sebelum dipindahkan September 2010. Tetapi selepas berakhir September 2010 kuil tidak pindah. Selepas itu YB Adun maklumkan kuil akan pindah pada akhir November 2010, tetapi kuil disitu juga. Aktiviti kuil menganggu penduduk sampailah hari upacara akhir dikuil itu pada 26/01/2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat toleransi dengan kafir.

    Penduduk Seksyen 19 bersyukur kuil Hindu yang mengganggu ketenteraman awam sudah dirobohkan. Doa penduduk Islam mohon kuil itu pindah sudah dimakbulkan Allah. Selepas 27/01/2012, tidak ada lagi bunyi loceng kuil mengganggu penduduk pada awal pagi dan senja, tidak ada lagi bau kemenyan yang menyakitkan hidung, tidak dengar lagi bacaan mantera oleh sami kuil yang bersuara besar. Penduduk sudah tidak diganggu lagi bunyi muzik dan lagu lagu Hindu setiap hari. Kawasan penduduk kini aman daripada pelbagai bunyi gendang yang bising semasa upacara dan keramaian di kuil. Penduduk tidak bimbang lagi kawasan sekitar yang jadi sesak kerana pengunjung kuil memakir kenderaan sesuka hati depan pagar rumah. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyelesaikan isu kuil di Seksyen 19.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive