Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 12 May 2012

20 TAHUN KAUT UNTUNG - JINGGA 13 CABAR KERAJAAN MANSUHKAN TOL BATU 3 & SG. RASAU


Hari ahad ini mari kita ramai-ramai ke perhimpunan aman mansuhkan tol Batu 3 dan juga tol Sungai Rasau..



TOL BATU 3 DAN SUNGAI RASAU : JINGGA 13 CABAR KERAJAAN UMNO/BN MANSUHKAN DENGAN SEGERA


JINGGA 13 MENCABAR kerajaan UMNO/BN Pusat agar memansuh dan menutup dengan SEGERA operasi Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau yang tertanya sudah tidak

relevan lagi dan membebankan rakyat .

Tindakan Kerajaan UMNO/BN yang terus mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol tersebut ternyata adalah merupakan tindakan yang bertujuan untuk terus membebankan rakyat yang menggunakan Lebuhraya Persekutuan tersebut walaupun telah melepasi kos pembinaan dan telah mengaut keuntungan sejak mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 sehingga sekarang .

Ternyata Kerajaan UMNO/BN bukan sahaja bertujuan untuk memindahkan beban pembayaran kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan berjumlah RM357 juta kepada rakyat , tetapi turut mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa rasa bersalah .

JINGGA 13 melihat perjanjian mengutip tol oleh kerajaan UMNO/BN Pusat kepada syarikat konsesi iaitu PLUS sehingga tahun 2018 sudah tidak lagi relevan dan perlu DIBATALKAN dengan SEGERA tanpa diberikan sebarang pampasan kerana PLUS bukan sahaja memperolehi pulangan modal tetapi mengaut keuntungan sudah hampir 20 tahun .

JINGGA 13 menyatakan keyakinan dan kepercayaan terhadap 10 JANJI JINGGA PAKATAN RAKYAT.


Antaranya ialah MEMANSUHKAN TOL satu usaha bersungguh-sungguh dan komitmen bagi tujuan meringankan bebanan rakyat bukanlah satu retorik tetapi adalah bersifat realistik dalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Bukan sahaja Plaza Tol Batu 3 dan Plaza Tol Sg. Rasau sahaja tetapi seluruh Malaysia . 

Rakyat Malaysia harus bangkit menolak UMNO/BN dalam PRU 13 bagi memastikan sebuah kerajaan rakyat mengurustadbir negara ke arah Malaysia yang lebih cemerlang .

Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan adalah memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat termasuk lebuhraya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos malah turut berdepan dengan kenaikan harga tol , kenaikan harga barang keperluan dan makanan termasuk kenaikan harga petrol .

JINGGA 13 menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap usaha Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Selangor yang menganjurkan Perhimpunan Aman Mansuhkan Tol Batu 3 dan Sg. Rasau , yang prihatin terhadap penderitaan dan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan tersebut setiap hari dan menanggung kos pembayaran tol yang sudah tidak lagi relevan.

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat yang prihatin serta seluruh ahli dan pendokong JINGGA 13 turun beramai-ramai KE PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN TOL BATU 3 DAN SG. RASAU  
PADA : 13 MEI 2012
JAM : 2 PETANG 
sebagai tanda solidariti dan komitmen kepada gerakan MANSUHKAN TOL .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive