Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 18 April 2012

[VIDEO & GAMBAR] COUNTDOWN BERSIH 3.0 DI KAMPUNG BARU


Malam tadi telah diadakan satu ceramah "countdown" Bersih 3.0 di Kampung Baru...

Walaupun padang sangat becak... 
namun para penyokong Bersih 3.0 tetap setia mendengar siri ceramah yang oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat....

padang becak

Ahli Parlimen Lembah Pantai,YB Nurul Izzah di dalam ucapan beliau,menyatakan kekecewaan beliau dengan
SPR apabila SPR menjadi agen bagi membantu kemenangan UMNO...

Menurut Nurul Izzah..
beberapa hari lepas,Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ketika menghadiri satu forum bersama Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof..

Di dalam Forum tersebut...
Ahli parlimen Pakatan Rakyat telah menanyakan soalan kepada Pengerusi SPR berkenaan dengan 19,000 warga negara (yang) ditukar (kawasan mengundi) tanpa pengetahuan mereka oleh SPR..
ditukar ke parlimen-parlimen terpilih,
kenapa (ianya) dibuat..?

Jawab Pengerusi SPR,SPR tidak perlu maklumkan kepada pengundi di malaysia ini kalau kita nak ubah dia mengundi dimana (pun)..

Di dalam soalan berkaitan 42,000 pengundi yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih pula... 

Pengerusi SPR mengatakan bahawa 42,000 nama-nama yang meragukan tersebut tidak perlu dibuang, kerana kita (SPR) tidak tahu samada (mereka masih) hidup atau pun mati..

Apa punya jawapan le yang diberi oleh Pengerusi SPR ni...


Nurul Izzah juga mendakwa bahawa didalam PRU13 nanti,seramai 2,100 anggota polis akan menjadi sebahagian pengundi di dalam kawasan Lembah Pantai....

Tonton video ucapan YB Nurul Izzah disini..

 

Mat Sabu

Mat Sabu,Timbalan Presiden Pas pula semalam dalam ceramahnya telah membangkitkan isu kebebasan media...

Beliau menekankan bahawa akses kepada media bagi Pakatan Rakyat sangat penting, kerana selama ini media perdana negara tidak menyampaikan berita yang sebenar kepada rakyat...

Sebagai contoh kata beliau isu "roboh surau" di Kedah...
"dia (media perdana) tidak teruskan ayat roboh surau lama yang boleh muat 50 orang,nak dibina surau baru untuk jemaah 400 orang...
tapi dia hanya siar,"Kerajaan Kedah Roboh Surau..."

Menteri Besar Kedah tidak berpeluang memberikan penerangan melalui media samada RTM,TV3 ataupun media yang lain..

Beliau turut memberikan satu lagi contoh tajuk berita media perdana milik UMNO yang menimbulkan kemarahan umat Islam dan Melayu apabila menyiarkan berita,
"LIM GUAN ENG JUAL TAPAK MASJID"...

"(media perdana) tidak diberitahu, tapak Masjid dan kawasan itu (telah) dijual pada zaman Koh Tsu Koon dan UMNO...
"inilah akibatnya (bila) media tidak bebas..
mereka boleh main jiwa rakyat untuk kemenangan mereka didalam Pilihanraya..

Tonton video ucapan Mat Sabu di sini..



Sekitar gambar-gambar malam semalam...





Tian Chua

Teressa Kok
"Aunty Bersih" bersama YB Siti Mariah
tetap setia,walaupun padang becak..

Jadi..
28 April 2012 ini...
kita pakat turun ramai-ramai gegarkan KL dengan suara rakyat....

Kita tuntut agar pilihanraya negara kita ini diadakan di dalam satu sistem yang Bersih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive