Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 11 April 2012

SUSULAN PENDEDAHAN SALAHGUNAKUASA MENTERI KPDNKK - INI BUTIRANNYA.


Semalam aku ada post pasal ayah si Dafi tu,Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang menggunakan kuasanya memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK),sebagaimana yang didedahkan oleh Jingga 13..


Sebuah Koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah yang diberi keistimewaan khas bagi menangguhkan  perlaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi)...

Baca sini..

Isunya mudah sahaja...
Semua Koperasi dalam Malaysia ni wajib ikut garis panduan
GP6 dan GP7...

Bila kata semua,maknanya tiada yang terkecuali....
Semua koperasi dalam Malaysia mesti menjalankan aktiviti mereka ikut garis panduan yang baru ini..

Berikutan perlaksanaan yang dikira "WAJIB" ini,maka banyaklah koperasi Malaysia ni yang masih belum bersedia melaksakannya mengalami kerugian yang besar...

Walaupun ada yang mengadu belum bersedia.. 
mereka tidak pulak dapat penangguhan khas dari KPDNKK mahupun SKM..

Tetapi...
Koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah ni pulak..

Mereka sangat istimewa...
mereka dapat penangguhan khas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)...

Inilah butiran pemilik Koperasi tersebut..
Manakala ini pula adalah beberapa buah Koperasi yang telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia...
Seperti yang didedahkan pada awal tadi...
kini korang lihat pulak surat yang dihantar oleh SKM kepada DPMM yang menjelaskan alasan mengapa hanya sebuah koperasi sahaja yang dibenarkan tempoh lanjutan khas oleh SKM...

Alasan yang diberikan ada dua..
  1. Menteri KPDNKK memberikan arahan supaya SKM memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam perkara penangguhan tersebut.
  2. Terdapat surat rayuan dari Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani Timbalan Ketua Menteri Sabah yang meminta koperasi dari Negeri Sabah diberikan tempoh lanjutan...
Timbalan Ketua Menteri Sabah mengeluarkan surat sebagai Surat Rasmi Kerajaan Negeri..?
dah tentulah dia sememangnya akan berbuat demikian kerana isteri dan anaknya sendiri terlibat dalam Koperasi Sabah ni..

 

Secara kronologi perlaksanaan peraturan-peraturan baru ini
adalah seperti berikut..
Dan kini korang baca pulak surat yang dihantar oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi malaysia,Dato' Haji Md. Yusof Bin Haji Samsudin kepada isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad yang mendapat keistimewaan daripada KPDNKK..

Dalam kandungan surat ini juga dinyatakan persetujuan Menteri KPDNKK memberikan kelonggaran terhadap Koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah..


Kenapa kah hanya satu Koperasi sahaja yang diberikan kelonggaran sedangkan koperasi lain dibekukan sekiranya mereka tidak mengikut perlaksaan peraturan baru..?

Bagaimanakah Menteri membuat keputusan yang sebegini..?
sudah jelaslah bahawa semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan pengaruh politik dan juga pengaruh kroni... 

Inilah corak sistem yang ada di Malaysia kini...
dan ini jugalah yang kita perjuangkan untuk menghapuskan sistem yang tidak adil sebegini...

1 comment:

  1. VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR MONK) TO BE A MILLIONAIRE

    Ven. Dr. Ashin Indaka (Myanmar Buddhist Monk) or who is cheated devotee money about who want to become a monk; it is needed to pay RM400 per person. Each year more than 100 people become monks on Chinese New Year (Rm400 X 100people=Rm40, 000.00), then he spends 5 years in Malaysia (Rm40000.00 x 6 years=Rm240000.00) and total another income (donation) about Million MR (Malaysia Ringgit). This is news by MEMBERS OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive