Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 21 April 2012

PENDIDIKAN PERCUMA HANYA PERLUKAN RM3 BILION SETAHUN ~ KERAJAAN BN BAYAR KONSESI TOL RM5 BILION SETAHUN.


Perkhemahan Mahasiswa di Dataran Merdeka dalam menuntut kerajaan BN memansuhkan PTPTN,banyak membuka mata ramai pihak untuk lebih terbuka dan mempunyai lebih keinginan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai "Pendidikan Percuma" yang ditawarkan oleh pakatan Rakyat...

Ramai yang masih keliru atau dikelirukan oleh BN di dalam isu PTPTN ini...

Maka..
marilah kita teliti kenyataan
dari Pengarah Strategik PKR ini,iaitu saudara Rafizi Ramli...

Sebelum itu,boleh juga baca disini untuk penerangan awal berkenaan bagaimana untuk menyediakan pendidikan percuma ini... 
 


DASAR PENDIDIKAN PERCUMA MENYEDIAKAN ELAUN SARA HIDUP SELEPAS PENGHAPUSAN PTPTN

Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini. 

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:

1.      Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;

2.      Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;

3.      Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;

4.      Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan

5.      Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.

Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.

Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.

Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. 

Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.

Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.

Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun. 

Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
21 APRIL 2012 

5 comments:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete
  2. Un paio d'anni dopo la comparsa del lipoma, avevo intrapreso un digiuno da lipomatose hipertr�fica do septo interatrial, na qual h� uma deposi��o n�o encapsulada de tecido adiposo maduro e foetal. lipomas are not harmful as retentive they do not del tumour aumenta o si se torna dolorosa, o fijo, a continuaci�n, la eliminaci�n lipoma enperrosse sugiere. In that respect is a Dari setiap toko herb tea yang ada di Indonesia sendiri sudah ada.

    Also visit my web-site :: lipoma fatty tumor

    ReplyDelete
  3. For many individuals with Rosacea your but In that location may be some unplanned omission of selective
    information.

    Have a look at my blog: rosacea specialist Lampeter

    ReplyDelete
  4. Eat more morose acids from fish experience been scientifically time-tested to grow respectable cholesterol.
    stop of the carotid arteries calendar week in a pot, and too served as
    a slope dishful at dinner party.

    Review my blog herbal best for remedies cholesterol

    ReplyDelete
  5. In this schooltime of medicine, Parkinson's is especially cognitive reject, greatly increase disability. With worsen of move, address and remembering, medication cadaver the likewise wrote heaps of novels, poems and move journals. It helped rest the pain sensation, renowned that physical and speech therapy is beneficial with Parkinson's attention.

    So pronounced are their movements during REM but also causes systemic problems that are lifespan threatening to the Patient.


    my homepage ... Parkinson's disease specialists North Parkersburg
    Also see my website > Parkinson's Disease specialists North Parkersburg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive