Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 24 April 2012

NAIB PRESIDEN UMNO BERI ZAHIDA RAFIK WANG - YB ZURAIDAH SEDIA DISAMAN KERANA ADA BUKTI!


Sekarang ni kecohlah berita dan cerita mengenai Shafie Apdal menafikan bahawa dia kerap memberikan wang kepada pelakon Zahida Rafik...

Isu berkaitan dua individu ini aku pernah masukkan ke dalam blog ini sebagai mukadimah bagi kes mereka berdua ni..
tengok sini...

Waktu tu aku dah tahu dah bahawa segala bukti transaksi kemasukan wang tu adalah benar...
tapi saja je bagi mukadimah dulu...

Kini..
apabila Pemimpin Keadilan mula mendedahkan secara rasmi berkaitan hubungan antara Naib Presiden UMNO ini dengan artis
wanita ini,maka mula lah keluar kenyataan penafian demi penafian..

Dan jujur aku katakan,bahawa penafian sebegini sememangnya telah kita jangka kan...

Mana orang nak mengaku buat salah bro...
dengan bini sendiri pun orang sanggup tipu, takkan dengan rakyat nak bersikap berterus terang pulak..
apatah lagi ini melibatkan jumlah wang yang besar dan juga status hubungan mereka yang masih menjadi rahsia..

Dan Shafie Apdal menggunakan tektik sama macam yang pernah Ketua Wanita UMNO,Sharizat pernah lakukan..
keluar kenyataan macam "tong kosong"bunyi bising,dengar macam hebat, nak selak sana sini,nak saman bagai..
akhirnya dia yang meletakkan jawatan sebagai menteri...
apa cer..?

Shafie Apdal pun keluar kenyataan untuk menampakkan dia hebat dan seolah-olah semua dakwaan "beri wang kepada artis" itu tidak benar..
malah mengugut untuk menyaman kepada sesiapa yang mendedahkan lagi perihal kisah mereka berdua..

Dan hari ini..
Ketua Wanita Keadilan,YB Zuraidah menyatakan kesediaan beliau untuk disaman sekiranya itu tindakan yang mahu diambil oleh Shafie Afdal...


Aku nak ingatkan satu perkara sahaja kepada Shafie Apdal...
segala transaksi dan dokumen bukti kemasukan wang ke akaun Zahida Rafik berada ditangan orang yang mendedahkan kisah mereka berdua ni...

Kalau tidak..
tidaklah keluar cerita ni...
dan kalau tidak,kita pun tidak tahu berapa jumlah wang yang dimasukkan...

Ditangan YB Zuraidah boleh diibaratkan ada mesingan yang penuh dengan peluru...
kalau setakat datang nak gertak YB Zuraidah dengan hanya berbekalkan dengan pisau lipat 20 sen...
baik tak payah ler...

Bila Shafie Apdal ugut nak saman-saman ni..
aku teringat kisah NFC dulu...
NFC dulu pernah menafikan mereka menyeleweng wang pinjaman mudah dari kerajaan...
lepas tu sibuk keluar kenyataan nak saman sana sini,kononnya nak beri amaran kepada pihak yang mendedahkan skandal NFC supaya diam diri...

Orang ada dokumen sahih nak takut apa bendanya bro..?
sekarang NFC tu apa cerita..?

kah..kah..kah..

2 comments:

  1. buat apa nak ngaku benda tak benar, Tok Piee tak bagi 200k kat zahida, 1.5 juta pun dia tak bagi, dia kira dah lebih yang dia bagi. jadi maklumat tak betul baik tak yah ngaku kan Tok Piee.Tok piee nak saman YB Zuraidah pasai tak kira sekali duit yang dia bagi masa Zahida buat beli aiskrim dulu.

    ReplyDelete
  2. Kepada seluruh Malaysian yang dihormati;
    Bahawa Chairman Gombak MCA (Malaysia Chinese Association, YIP KUM FOOK menguna kuasa politiknya menipu wang kami di Taman Daya, Kepong(memohon gerai), merosakkan keluarga orang lain, import wanita dari China(dangin hidup)………….

    Sekira tuan-tuan dan puan-puan tidak percayai atas kejahatannya bolih bertanya orang tempatan di Taman Daya, kepong.

    Chairman MCA Gombak (Malaysia Chinese Association), YIP KUM FOOK “U” buat Dosa “U” tetap akan menimpa kesusahan tidak lama lagi. TUHAN ADA MATA.

    Respected throughout the Malaysian;
    That the Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK used political power cheated our money at Taman Daya, Kepong (applying stalls), hurt people’s family, imports women from China (living meat) .............

    If ladies and gentlemen do not trust the evil, can ask local people at Taman Daya, kepong.

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association), YIP KUM FOOK "U" created of sin "U" will override trouble Unallocated fixed soon. GOD HAS EYES.

    整个马来西亚的尊重;
    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK(叶金福用政治权力,在Taman Daya,甲洞(申请摊位)骗我们的钱,伤害别人的家庭,从中国进口妇女 买卖色情业务...... ....

    如果女士们,先生们,不相信他的邪恶,可以问当地的人。

    Chairman Gombak MCA (Malaysian Chinese Association, YIP KUM FOOK (叶金福),叶金福 “您” 将面对因果报应。老天有眼。

    主办单位: MCA Selayang..


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive