Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 22 April 2012

KEMALANGAN - MAKCIK RISDA TERBABAS KE DALAM LONGKANG BESAR [GAMBAR]


Sebentar tadi...
lebih kurang sekitar pukul 4pm..
satu kemalangan berlaku di Jalan utama di Persiaran Jubli Perak di Seksyen 20,Shah Alam...


Kereta yang dipandu oleh seorang wanita, anggaran usia dalam 40an telah terbabas melanggar pembahagi jalan
kemudian melanggar bahu jalan dan kemudian melanggar satu papan tanda dan berakhir dengan kereta beliau tercampak ke dalam longkang besar..

Nasib baik kerana kereta Toyota Avanza yang dipandu beliau mempunyai air bag...
kalau dilihat dari luaran fizikal beliau,tiada pendarahan luaran yang kelihatan... 

Dari tag nama yang dipakai oleh wanita tersebut dapatlah aku simpulkan bahawa beliau bekerja dengan Risda...

Sementara menanti ambulan tiba kelihatan wanita tersebut dalam keadaan lemah namun masih sedarkan diri...
tetapi tidak mampu bercakap walau sepatah,mungkin kerana sesak nafas atau pun masih terkejut...

Gambar berikut adalah susunan dari pelanggaran pertama pembahagi jalan sehingga kereta tersebut tercampak ke dalam longkang besar..
Permulaan -  Pembahagi jalan yang pertama yang dilanggar.

Kereta terus meluncur laju selepas melanggar pembahagi jalan.

Terus menuju ke bahu jalan seberang jalan arah keluar simpang

Selepas melanggar bahu jalan,kereta tersebut melanggar papan tanda namun tetap juga tidak berhenti
terus meluncur laju...




Gambar makcik tersebut tidaklah sanggup aku rakam kan...
ini pun aku ambik gambar selepas makcik tu telah selamat dibawa pergi ke hospital dengan pekhidmatan ambulan..

Apa pun...
berhati-hati dijalan raya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive