Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 10 April 2012

ISMAIL SABRI YAAKOB BERI KEISTIMEWAAN KEPADA SYARIKAT TIMB. KETUA MENTERI SABAH.


Pada hari ini Jingga 13 mengadakan satu sidang media khas di Parlimen...

Sidang media tersebut diadakan bagi mendedahkan salahgunakuasa oleh Menteri KPDNKK,Ismail Sabri Yaakob...
(baeeekkkk punyyyaaaaa..)

Rakan beregu di dalam melakukan penyalahgunaan kuasa ini adalah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)yang juga berada di bawah kuasa Ismail Sabri Yaakob...

Penyalahgunaan kuasa ini juga membabitkan sebuah syarikat milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima  Yahya Hussin di mana Isteri beliau menjadi Pengerusi syarikat tersebut manakala anak perempuan mereka menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif...

Ini adalah syarikat yang melibatkan anak beranak yang
menzalimi peniaga bumiputera yang lain...

Sama macam Syarikat keluarga Sharizat..
syarikat ini juga mendapat keistimewaan khas dalam urusan yang mereka jalankan...sedangkan syarikat melayu lain teraniaya...

Membela bumiputera apanya kalau macam ni..?

JINGGA 13

PENDEDAHAN TERHADAP RASUAH SALAHGUNA KUASA MENTERI KPDNKK DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB , SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN TERHADAP PELANJUTAN ‘ISTIMEWA  DAN KHAS’ KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009


Namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2.

Ekoran daripada itu , banyak koperasi yang belum bersedia 

( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar .

Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaitu KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas”.

Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh  melaksanakan model 2.


Sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ?

Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan:

2.  Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia     ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut :

Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ;
Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah.

Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011.

Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1(  ) bertajuk :


PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan :

2.    Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan “khas” pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat .

Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan ‘penangguhan “khas” ‘ bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan .

Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan “khas” dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7.

Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu :

 


Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima  Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin.

Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan “khas” terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin,  Timbalan Ketua Menteri Sabah . 


Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 .

Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK . 


Timbalan Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Yahya Hussin juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut .


Datuk Seri Panglima Yahya Hussin  
Tindakan kejam dan zalim  oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ‘ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad.

Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob , Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ?

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator Jingga 13

3 comments:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete
  2. ini cina mau kasi guni je...sudah lebih ni///

    ReplyDelete
  3. ismail sabri ke indonesia booking agnes monica!!!WOW....TERBAIK . boleh dapat maklumat dari driver beliau , p.a beliau . hahaaa lu kantoi ismail sabri....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive