Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 27 April 2012

BERSIH 3.0 - AMK SELANGOR SOKONG DAN KERAH AHLI KE DATARAN MERDEKA.



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat telah lama menyala dan kini menuju kepada suatu kemuncak yang tidak dapat dibendung sama sekali. 

Kebangkitan rakyat dalam Bersih 3.0 adalah bertitik tolak daripada setiap garis kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya ,  dalam memastikan rejim Umno Barisan Nasional terus berkuasa secara haram di negara ini.
Azmizam Zamanhuri
Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor
AMK Selangor bersama rakyat dan anak-anak muda dalam menyatakan bantahan terhadap
setiap penipuan dan kerosakkan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya samada yang telah berjaya dibongkarkan mahupun yang masih giat disiasat. 

AMK Selangor turut mempertikaikan kredibiliti dan integriti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang dikaitkan dengan keahlian Umno seperti yang didedahkan oleh Parti Keadilan Rakyat semalam. 

Nyata wujud kepentingan politik dan kesangsian dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh mereka.
Suruhanjaya Pilihanraya seharusnya bebas daripada menyokong dan membantu secara sulit mana-mana parti politik yang bertanding di negara ini. 

Rakyat jelas tertipu dan cuba diperbodoh-bodohkan oleh mereka yang sebenarnya menjadi tali barut pemerintah yang zalim. 
Kebergantungan hayat politik Umno Barisan Nasional selama ini jelas sangat bergantung kepada kepakaran Suruhanjaya Pilihanraya memanipulasi daftar pemilih induk melalui sistem Gerrymandering dan Malaportionment yang mengelirukan serta memberi kelebihan kepada pemerintah.
Lapan (8) tuntutan oleh BERSIH seharusnya menajdi keutamaan Suruhanjaya Pilihanraya sebelum melaksanakan gerak kerja pilihanraya yang akan datang. 

Sikap tidak bertanggungjawab suruhanjaya ini telah merampas setiap hak pengundi di dalam negara yang berkehendakkan sebuah pilihanraya yang telus dan adil.  
Ternyata, kehendak untuk melaksanakan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil adalah satu kewajipan yang seharusnya dipenuhi dan bukan lagi terbit daripada tuntutan minoriti. 

Ini adalah waktunya dimana setiap warganegara harus turun menyatakan bantahan mereka terhadap mana-mana individu mahupun organisasi yang terang-terang menipu rakyat.  
AMK Selangor menyokong setiap tuntutan untuk melaksanakan suatu pilihanraya yang bersih dan adil. Anak-anak muda seharusnya menggunakan ruang bantahan ini, seperti yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Malaysia dimana membenarkan setiap perhimpunan yang dijalankan secara aman. 
AMK Selangor akan mengerahkan seluruh kekuatan ahlinya di seluruh negeri untuk turun bagi memastikan sasaran 500,000 Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah tercapai dan akan menjadi barisan hadapan dalam memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Azmizam Zamanhuri
Ketua 
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Malaysia

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive