Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 6 March 2012

USTAZ UMNO ANGGAP TUN M "JAHIL" BILA KATA HUDUD TIADA DALAM AL QURAN.


Ustaz UMNO,Ustaz Fathul Bari Mat Jahya di dalam satu ceramah beliau pada 1 March 2012 di Yayasan Ta'lim mengatakan kenyataan Mahathir mengenai hudud boleh membawa kepada kekufuran....

Ini kerana kenyataan Mahathir bahawa di dalam Al Quran tiada hudud adalah satu kesilapan...

Menurut ustaz,hudud memang ada di dalam Al Quran... 


Hudud juga bukanlah rekaan Ahli Feqah sepertimana dakwaan Mahathir yang mengatakan hudud itu adalah rekaan ahli feqah dan ianya tiada di dalam Al Quran...

Mahathir juga menyatakan bahawa hudud adalah hukuman yang tidak adil apabila pencuri beragama Islam dipotong tangan mereka sedangkan pencuri yang bukan islam hanya dipenjara.... 



Tambah ustaz itu lagi...
“Kenyataan saya sangat jelas, di mana kalau ia keluar daripada lisan orang-orang yang mengetahui, yang ada ilmu, ia boleh membawa kepada kekufuran.."

Tengok video ni...


“Ini adalah kenyataan yang bahaya sebab ia bukan ciptaan ahli feqah, ia adalah ciptaan Allah,” menurut Fathul Bari.

Hudud jelas Ustaz adalah hak Allah...
tidak boleh dikurang sedikit ataupun ditambah sedikit pun...
ianya mesti sama dengan apa yang ada di dalam Al Quran..

Pemimpin agung UMNO mengeluarkan kenyataan...
maka terngangalah ahli-ahli UMNO baik diperingkat kampung mahupun di peringkat bandar...

Tu belum tanya Najib lagi tu...

3 comments:

  1. 1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.
    2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.
    3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.
    4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.
    5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
    a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) – pada surah 2 ayat 187
    b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) – 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
    c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) – pada surah 4 ayat 13
    d. berkenaan perkara umum (3 kali) – pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
    e. berkenaan adat zihar (1 kali) – pada surah 58 ayat 4.
    Semuanya berjumlah 14 kali.
    6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).
    7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.
    8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.
    9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.
    10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.
    11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.
    12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.
    Sumber: http://chewal.blogspot.com/2012/03/hukum-hudud-tidak-disebut-dalam-al.html


    Terbakor Lagi: http://terbakor.com/2012/02/29/apa-reaksi-anda-terhadap-video-kenyataan-tun-mahathir-tentang-hudud-tak-wujud-dalam-al-quran/#ixzz1oPAS2vrT

    ReplyDelete
  2. jika kita mahu bersikap adil, kita akan dapati seperti yang tersiar didalam video sesi soal jawab Tun M bahawa beliau tidak mengatakan hudud dicipta atau direka oleh ahli fikah sebaliknya dibentuk oleh mereka...
    ini sudah tentu membawa maksud yang berbeza...

    apabila penyampaian sesuatu maksud sesuatu di manipulasi mahupun disalah ertikan oleh pihak yang lain samada secara sedar atau tidak, ia mampu di katogerikan sebagai fitnah...

    maka berhati2lah kita apabila ingin mengeluarkan sebarang kenyataan...
    perlu analisis yang mendalam keatas sesuatu perkara agar kita dapat mengelak dari dipertanggungjawabkan di kemudian hari kelak...

    ReplyDelete
  3. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive