Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 27 March 2012

TUDUHAN NAJIB TANPA KAJIAN DAN BERNIAT JAHAT - FAEKAH HUSIN



Tuduhan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus
, efisien,, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur.

Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan. 

Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan.

Rakyat di Negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. 

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai. Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur. 

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta. 

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene. 

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga. 

Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.


FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive