Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 22 March 2012

TERENGGANU TARIK PINJAMAN MAHASISWA YANG SERTAI BERSIH 2.0 - AIC KECAM KERAJAAN TERENGGANU






ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)
22 MAC 2012


AIC Malaysia terpanggil untuk menilai isu penarikan balik pinjaman oleh Kerajaan Terengganu terhadap Mahasiswa tajaan mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0. 
 
Kredibiliti pihak Kerajaan Negeri dalam menangani isu tersebut dikecam kerana berpaksi kepada sekatan pemikiran anak muda khususnya, Mahasiswa yang berpeluang menjadi aset penting negara pada masa akan datang. 
 
Skop pendidikan tidak boleh hanya ditumpu kepada konteks bilik darjah semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi pemacuan pemikiran dan daya keberanian hak bersuara yang perlu dianjurkan. 

Keterlibatan Mahasiswa itu dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan untuk menuntut perubahan dasar sistem undian harus dilihat dari sudut perspektif anak muda yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara satu masa kelak. 
 
Dalam erti kata lain, daya cetusan intelek mereka untuk melihat satu penambahbaikan perlu ada dalam sistem undian negara untuk menjamin demokrasi negara tidak runtuh harus diambil kira. 

Sekatan pemikiran ini dilihat oleh AIC Malaysia sebagai satu cara pengekalan sistem yang jumud yang takut akan berlakunya revolusi ketamadunan pemikiran baru yang lebih tertumpu kepada daya definasi tindakan kritis untuk kemajuan sejagat. 
 
Sistem pemerintahan sekarang lebih tumpu kepada keagungan tampuk kuasa satu suara yang tidak memberi akses kepada kemajuan komunikasi dua hala yang dapat menjamin keseimbangan pembangunan ekonomi serta sosial.

Keadilan dalam melaksanakan apa yang  dipanggil dasar atau undang-undang juga wajar telus, maka seharusnya Kelab Umno luar negara yang beroperasi mesti segera dibubarkan bagi memberi ruangan sama rata agar bagi mana-mana ideologi politik tidak disumbat dalam pemikiran Mahasiswa yang sedang menuntut di luar negara.

AIC Malaysia menyeru setiap negeri di Malaysia baik dari negeri pemerintahan BN atau PR untuk tidak menyekat kemaraan Mahasiswa daripada menyuarakan ketidakpuashatian dan ideologi mereka kerana ia merupakan hak bersuara individu dalam menterjemah apa yang mereka tafsirkan dari pengamatan mereka sendiri. 
 
Sekatan ini akan membantutkan perkembangan minda sihat yang teratur serta dapat dijadikan suatu dasar dalam generasi mereka kelak. 
 
Kita juga menyeru agar Yayasan dari negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk membantu mereka yang terlibat dalam penarikan balik pinjaman Kerajaan Terengganu agar diberi pinjaman semula kepada mereka untuk menyambung pelajaran di Universiti masing-masing. 
 
Gesaan ini atas rasa simpati kami juga mengenangkan kerugian yang akan ditanggung dari penarikan itu kerana setiap Mahasiswa negara yang ada merupakan aset penting kepada negara secara sedar atau tidak.

Al-Azadi Aljohari
Timbalan Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

AIC Malaysia

2 comments:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete
  2. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    Sponsors by Lawrence Tan Subang.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive