Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 13 March 2012

SHANGRI LA KATA NAJIB BAYAR - NAJIB DIDESAK KEMUKAKAN SALINAN CEK PERIBADI BUKTI BAYARAN


Shangri-La Hotel hari ini mengeluarkan kenyataan terhadap isu pembiayaan Majlis Pertunangan anak Najib yang melibatkan kos RM409,767 pada 17 June 2011...

Dokumen adalah sah.
Menurut Shangri-La Hotel, Dokumen "Banquet Event Order" yang didedahkan oleh Rafizi Ramli itu adalah salinan yang sah dan asli...
ini bermakna,pihak hotel mengesahkan bahawa dokumen yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli itu adalah benar dan bukannya palsu...


Pembayaran.
Kenyataan kedua yang dikeluarkan oleh pihak Shangri-La Hotel adalah berkenaan dengan pembayaran bagi kos catering majlis pertunangan anak Najib tu...

Shangri-La Hotel juga mengeluarkan kenyataan bahawa Najib sendiri yang telah membuat bayaran penuh bagi segala kos majlis tersebut yang berjumlah RM409,767...

Pihak hotel juga menafikan bayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri...

Baik...
kalau kita lihat disini..
penafian pihak hotel dan juga penafian Najib adalah sama...
penafian yang kosong..

Penafian bersifat "kenyataan membela" sedangkan didalam borang "Banquet Event Order" jelas menyatakan bahawa "to be billed to PM's Office"...

lihat sini...


Sebelum itu...
tengah hari tadi Jingga 13 telah menghantar surat kepada pihak hotel bagi meminta penjelasan dari pihak hotel berhubung isu pembiayaan majlis pertunangan anak Najib ini...

Surat dari Jingga 13.











JINGGA 13
Jinggatigabelas@gmail.com
__________________________________________________________________________________

Ruj. Kami    : J13/2012/01/1(04)
Tarikh         : 13 Mac 2012

Tuan Pengurus Besar ,
Shangri-La Hotel Kuala Kumpur ,
11 Jalan Sultan Ismail ,
50250 Kuala Lumpur .

Tuan ,

MOHON PENGESAHAN “BANQUET EVENT ORDER” DAN PENJELASAN PEMBAYARAN MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PEREMPUAN PERDANA MENTERI

Adalah dengan segala hormatnya , kami mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Shangri-La Hotel adalah merupakan sebuah hotel yang berprestij tinggi bertaraf 7 bintang dan antara hotel terkemuka di dunia yang sudah pasti mengutamakan kepada ketelusan dan profesional agar terus diyakini dan diiktiraf sebagai hotel yang cemerlang .

2.    Sepertimana  yang dimaklumkan , bahawa satu pendedahan oleh Sdr. Rafizi Ramli , Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat bertarikh 9 Mac 2012 adalah berdasarkan kepada “Banquet Event Order” yang telah dikeluarkan atas nama Shangri-La Hotel Kuala Lumpur , rujukan BEO#: 14,500 bertarikh 13 Jun 2011 berhubung majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri dan isteri yang berlangsung pada 17 Jun 2011 di Seri Perdana di mana pihak tuan sebagai caterer yang dilantik.

3.    Untuk makluman tuan , berdasarkan dokumen tersebut sejumlah RM409,767 wang rakyat telah digunakan bagi tujuan majlis pertunangan anak Perdana Menteri dan isteri yang bersifat peribadi dan rakyat berhak mendapatkan maklumat yang benar dan tepat daripada pihak tuan .

3.    Sehingga ke saat ini , rakyat masih tertunggu sebarang kenyataan dan penjelasan yang benar dan profesional tanpa prejudis daripada pihak tuan terhadap pendedahan tersebut , lebih-lebih lagi ianya adalah melibatkan hotel tuan .

4.    Kami memohon agar pihak tuan mengesahkan bahawa “Bonquet Event Order” di atas nama hotel tuan sepertimana lampiran adalah benar dan segala bil dan pengurusan adalah dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri .

5.    Pihak Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan bahawa kos majlis pertunangan tersebut adalah dibiayai sepenuhnya oleh Perdana Menteri dan keluarga beliau bukannya Pejabat Perdana Menteri melalui wang rakyat . Justeru sekira ianya adalah benar , kami memohon agar dapat dibuktikan oleh pihak tuan berdasarkan segala salinan bayaran kos tersebut secara terbuka dengan penuh kejujuran dan profesional .

6.    Ketelusan , kejujuran dan sikap profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-
mana pihak adalah sangat penting bagi membuktikan pihak tuan khususnya Shangri-La Hotel akan terus dianggap sebagai sebuah hotel yang benar-benar disegani dan dihormati .

7.    Kami sedikit pun tidak menyalahkan pihak tuan kerana pihak tuan menjalankan tanggungjawab berdasarkan tempahan dan persetujuan bagi memastikan perjalanan majlis pertunangan tersebut berjalan dengan jayanya dan memenuhi segala keperluan dan kehendak penganjur .

8.    Kerjasama dan komitmen pihak tuan sangat-sangat diharapkan dan menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara yang sebenar .

Terima kasih .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Saya yang menjalankan tugas ,



FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13


 
Jadi...
sekadar penafian..
semua orang boleh...
suami Sharizat yang dah kena dakwa tu pun dia masih menafikan dia melakukan kesalahan jenayah penyelewengan wang pinjaman mudah kerajaan yang sepatutnya digunakan ke atas projek fidlot nasional..

Suami Sharizat nafikan... 
Najib juga menafikan...
cuma bezanya suami Sharizat akan akan dibicarakan.. so segala penafian beliau akan dibicarakan di dalam Mahkamah....
 
Tetapi Najib ni.sekadar menafikan sahaja...
tiada bukti secara bertulis,dokumen mahupun cek peribadi bagi membenarkan penafian beliau itu.. 

Pihak hotel juga menafikan Pejabat Perdana Menteri yang membuat bayaran...
itu sahaja... sekadar penafian...
masih juga tiada kemukakan salinan cek peribadi dari akaun Najib bagi membuktikan Najib yang membayar kos tersebut...

Untuk memuaskan hati rakyat jelata..
Najib perlu kemukakan bukti salinan cek peribadi beliau sebagai bukti beliau yang membayar kepada pihak hotel Shangri-La...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive