Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 11 March 2012

ANAK MUDA BERSAMA ANWAR IBRAHIM.



Semalam..
10 March 2012, jam 3:00pm telah diadakan satu majlis perjumpaan anak-anak muda dengan Anwar Ibrahim bertempat di Hotel D'Palma Ampang...
 
Anak-anak muda yang hadir ini terdiri dari pelbagai bangsa,agama dan ideologi politik...


Yang rata-ratanya mahu mendekati bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan menanyakan soalan berkaitan dengan isu semasa tanahair..

Majlis yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim Kelab (AIC) mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak muda...
ini adalah penganjuran kali ke -5 majlis yang seumpamanya..


Antara soalan yang mengejutkan semasa sesi dialog dengan Anwar Ibrahim adalah, "siapa yang akan menggantikan beliau sekiranya Anwar Ibrahim sudah tiada lagi diatas dunia ini...."

Anwar menjawab bahawa ianya akan mengikut prosedur yang ada... sebagai Ketua Umum PKR ,didalam parti ada beberapa pemimpin yang berkaliber yang layak menggantikan beliau dan ianya mestilah mengikut prosedur yang ada sambil secara bergurau beliau menyatakan bahawa beliau bukan Sultan...
dari kiri - Presiden AIC Shaifuddin Shafi,  Nurul Izzah, Anwar Ibrahim dan Khalid Jaafar.

Pelbagai isu disentuh di dalam perjumpaan tersebut termasuk isu kemiskinan,sistem keadilan dan juga menjawab kepada fitnah-fitnah ke atas diri beliau...

Anwar juga sempat menerangkan fitnah yang dilemparkan ke atas diri beliau apabila UMNO memfitnah beliau sebagai seorang yang menyokong Plurisme...

Anwar berkata,sebagai seorang muslim,beliau tidak akan main-main dalam soal akidah...

Dalam soal akidah pendirian beliau mengenai agama-agama sudah tentulah berbeza... 
sebagai seorang muslim,sudah tentulah beliau yakini agama Islam dan sudah tentulah menganggap agama Islam ini berbeza dengan agama lain...

Dan dari apa yang diterangkan oleh Anwar semalam..
aku boleh rumuskan begini...

Anwar menerangkan beliau hanya bersetuju dari segi pendapat atas sesuatu perkara yang membawa kebaikan kepada semua yang dikemukakan oleh pemimpin agama Kristian,Hindu dan sebagainya...

Aku bagi contoh sebagai begini...
kalaulah ada seorang paderi Kristian yang menyatakan bahawa kita mesti bersihkan longkang dikawasan perumahan kita agar nyamuk tidak dapat membiak... 
adakah kita perlu menentang..?

Saranan seperti itu adalah untuk kebaikan bersama...
tidak kira bangsa apa,agama apa... kebersihan perlu kita jaga bersama-sama apatah lagi melibatkan tempat tinggal kita sendiri... 

Tidak kufur kita membersihkan longkang rumah kita hanya kerana nasihat itu datangnya dari seorang paderi Kristian,
kerana membersihkan persekitaran perumahan kita itu adalah untuk kebaikan semua..
apatah lagi Islam sendiri sangat mementingkan kebersihan...

Dan atas keadaan persetujuan seperti itulah Anwar menjadi mangsa fitnah "Plurisme"...

Mudah nak faham adalah...
Anwar seorang yang mempunyai akhlak yang tinggi... 
Jadi apabila musuh mahu musnahkan Anwar,mereka akan menggunakan "akhlak" sebagai serangan..
mereka akan mencipta persepsi akhlak Anwar rendah dan rosak...

Pandangan aku... (ini sebagai contoh sahaja),
nak musnahkan kredibiliti seorang Ustaz,tidak perlu memfitnah bahawa ustaz itu membunuh orang atau merasuah orang...
cukup dengan hanya memfitnah "ustaz itu merungut bila dapat upah mengajar mengaji yang sedikit..."
maka jatuhlah akhlak Ustaz itu...semudah itu...

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis "Dialog anak muda bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim"



Presiden AIC, Shaifuddin Shafi.






Nurul Izzah memberikan sedikit ucapan secara santai sebelum ketibaan Anwar Ibrahim.



Ketibaan Anwar Ibrahim
Ucapan secara santai... sesuai dengan cara anak muda..

sesi dialog dan soal jawab - Mencatit soalan yang diajukan..


Jika anak muda bersama Pakatan Rakyat...
maka BN akan terkubur...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive