Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 8 March 2012

SAMAN RM100 JUTA - YB ZURAIDAH YAKIN SHARIZAT AKAN MENGAKU TAHU PEMBELIAN KONDO!!



Ketua Wanita PKR,YB Zuraidah dan juga Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli akan mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan saman yang dikemukakan oleh Sharizat pada 
9 March ini di Mahkamah Jalan Duta,Kuala Lumpur...

Sharizat sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak tahu menahu kegiatan penyelewengan NFC yang diterajui oleh suami beliau dengan menggunakan dana awam bagi membeli harta.

Bagi menunjukkan beliau konon-kononnya di pihak
benar,maka Sharizat menyaman YB Zuraidah dan juga Rafizi Ramli sambil menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang kegiatan NFC...

Apakah Sharizat tidak langsung bercakap dengan suami dan anak-anak beliau semasa di rumah..?

Mustahil  Sharizat langsung tidak tahu menahu tentang kegiatan pembelian harta oleh suami beliau dan anak-anak sedangkan pembelian tersebut melibatkan wang puluhan juta..

Di dalam kenyataan media YB Zuraidah..
beliau menyatakan...





Pihak saya dan Saudara Rafizi Ramli akan mengemukakan
pembelaan kami terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada hari Jumaat ini, 9 Mac 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pihak saya dan Saudara Rafizi juga telah membincangkan secara mendalam mengenai strategi pembelaan kami sekiranya tuntutan saman ini diteruskan juga oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil, selepas mahkamah mendengar pembelaan yang akan dikemukakan Jumaat ini.

Antara lain, saya dan Saudara Rafizi bercadang untuk memanggil kesemua pimpinan kanan negara yang pernah terlibat di dalam membuat keputusan berhubung NFC atau pernah memberikan komen mengenai NFC untuk dipanggil sebagai saksi memberikan keterangan.

Saya juga yakin bahawa apabila Dato’ Seri Shahrizat Jalil dipanggil menjadi saksi dan disoalsiasat, beliau terpaksa mengaku bahawa beliau sendiri pernah menghabiskan masa di kondominium mewah yang dimiliki oleh keluarga mereka dan dibeli menggunakan dana awam. 

Itu menimbulkan persoalan besar sama ada beliau betul-betul tidak tahu menahu bahawa keluarga beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk membeli harta peribadi, seperti keterangan beliau di dalam tuntutan saman.

Saya yakin rakyat Malaysia begitu teruja agar kes saman ini dapat dibicarakan secepat mungkin, supaya kesemua pimpinan kanan Barisan Nasional dapat diheret untuk memberikan keterangan.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN


7 MAC 2012

1 comment:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive