Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 3 March 2012

POLITIK GANAS UMNO!! MUFTI SELANGOR BIDAS POLITIK GANAS DAN SAMSENG!!


Umum mengetahui kebelakangan ini UMNO mula menggunakan cara samseng untuk menunjukkan kekuatan mereka di dalam arena politik....


kereta anwar juga diserang samseng umno.
Perbandingan yang dapat dibuat oleh rakyat ke atas corak pentadbiran Pakatan Rakyat dan juga UMNO mungkin telah meletakkan UMNO dalam keadaan yang tidak tenang dan selesa..


Ini kerana Pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diterajui menunjukkan corak pemerintahan yang mengutamakan kebajikan rakyat..

Berbeza dengan UMNO yang lebih mementingkan kroni dan taukey-taukey besar sahaja..

Politik ganas dan samseng ini telah dibidas oleh Mufti Selangor dalam kenyataannya baru-baru ini...
Datuk Tamyes Abd Wahid

Jelas Tamyes (gambar), keganasan dalam politik tidak akan berlaku sekiranya politik diamalkan dengan teratur dan tertib...

Menurut beliau politik juga turut diamalkan di dalam Islam...

"Gejala keganasan politik tidak sepatutnya berlaku, politik perkara yang baik jika dilakukan dengan tertib dan teratur... Walaupun ada yang beranggapan politik itu kotor tapi politik itu perlu dan ia diamalkan dalam Islam.

"Sebab itu politik perlu dilakukan secara berdisiplin, maknanya istilah keganasan politik adalah penipuan dalam politik seperti rasuah dan sebagainya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tamyes berkata semua parti politik di Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip politik yang sihat selain menjaga kebajikan rakyat.

"Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politk ini menuju ke kerehdaan dan keberkatan Allah.

"Kita mahukan negara yang baik dan menjaga kebajikan rakyat. Masing-masing bercita-cita untuk kemukakan sesuatu yang terbaik ke arah kebajikan rakyat yang boleh memberikan mereka bahagia, harmoni dan tidak ketegangan," katanya.

Sebaliknya jelas beliau, semakin banyak insiden keganasan politik berlaku sejak kebelakangan ini yang boleh memberikan tanggapan negatif masyarakat luar.

Berikut adalah sebahagian insiden-insiden keganasan yang dilakukan oleh samseng UMNO...

[SAMSENG UMNO YANG TIDAK BERTAMADUN CUBA SEKAT KEMARAAN ANWAR]

[GAMBAR KEROSAKAN KERETA ANWAR YANG DI "SERANG" OLEH SAMSENG UMNO SEMBRONG,JOHOR.]

[PADAN MUKA!! ORANG UMNO SERANG CERAMAH ANWAR KENA TUMBUK]

[LELAKI INDIA SRI MUDA DI PUKUL OLEH ORANG UMNO SEMASA DI CERAMAH MAT SABU DI JALAN KEBUN!]

Menurut Mufti Selangor,Datuk Tamyes Abd Wahid, 
"Politik digalakkan, kalau nak kata semua pandangan orang ini sama susah, dalam sebuah keluarga ibu dengan bapa pun ada berbeza pendapat. Masing-masing berbeza pandangan.

"Kalau politik untuk membangunkan negara ia mesti dilakukan dengan lebih harmoni, bukan menginjak-injak lawan dan akhirnya jadi orang yang dikecam... berpegang kepada prinsip Islam, amalkan politik secara harmoni dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian," katanya.

Tolak politik samseng UMNO!!..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive