Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 March 2012

PARLIMEN KOTA BHARU - PAS LETAK CALON TENTANG ZAID


Presiden Parti KITA,
Zaid Ibrahim hari ini menyasarkan parlimen Kota Bharu sebagai kerusi yang beliau akan tandingi..

Namun...
Zaid akan berhadapan dengan laluan sukar apabila dia terpaksa berhadapan dengan calon Pas dan juga UMNO...

Keputusan Zaid Ibrahim itu mendapat reaksi dari Pas dan juga UMNO...


Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS...
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, menjadi hak Zaid bertanding di parlimen tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa Pas akan meletakkan calon menentang Zaid sambil menambah bahawa adalah mustahil bagi Pas membenarkan Zaid Ibrahim bertanding atas tiket Pas...

Menurut beliau,tiada sebarang keputusan disaat ini hendak membenarkan Zaid  bertanding atas tiket PAS.
“Mustahil untuk menyuruh Zaid  bertanding atas tiket PAS waktu ini,” katanya lagi..

Sebelum ini ada cakap-cakap bahawa Zaid Ibrahim akan bertanding di atas tiket Pas di Parlimen Kota Bharu..

Manakala UMNO Kota Bharu melalui AJKnya, Che Mansor Abadi Hassan pula menganggap peluang Zaid untuk menang di Parlimen tersebut sebagai "sangat mustahil".

Nampaknya Zaid Ibrahim mungkin terpaksa "menyedekahkan" sahaja wang pertaruhan calon waktu PRU 13 nanti...

Pada pendapat aku..
berdasarkan keadaan semasa, kelihatan Zaid Ibrahim sukar untuk diterima oleh penyokong Pakatan Rakya..

Dan dari sejarah perjalanan politik Zaid Ibrahim,kita dapat lihat bahawa Zaid Ibrahim seolah-olah tiada pendirian di dalam perjuangan politik kepartian...

Beliau seolah-olah hanya mementingkan pandangan dan pendirian beliau sendiri semata-mata tanpa memikirkan baik buruknya kepada parti yang beliau anggotai..

Beliau seringkali membuat keputusan drastik apabila rentak politik yang dirancang beliau tidak menjadi...

Bagi aku mana-mana calon Parti KITA tidak perlu diletakkan bertanding di atas tiket Pas,PKR mahupun DAP...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive