Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 5 March 2012

NOH OMAR "KENA SEKOLAH" - MB SELANGOR ARAHKAN HASIL AUDIT PKPS DISERAH PADA NOH AGAR BELIAU DAPAT BELAJAR.


Baru-baru ini...
Noh Omar mencabar kerajaan negeri supaya mendedahkan bagaimana sumber kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meningkat dari hanya RM8.3 juta pada tahun 2008 kepada RM114 juta pada tahun lepas...

Mungkin Noh Omar mahu tahu bagaimana caranya untuk mentadbir bagi memajukan PKPS kerana zaman UMNO semuanya tidak meningkat...

Hasil jualan pasir dan simpanan kerajaan Negeri Selangor juga tidak meningkat malah begitu rendah semasa Selangor di bawah pentadbiran UMNO

Cabaran Noh Omar itu disahut oleh MB Selangor,Tan Sri
Khalid Ibrahim apabila meminta Pengurus Besar PKPS untuk menghantar hasil audit kepada Noh Omar dalam masa terdekat....

 Menurut Abdul Khalid, kewangan PKPS diaudit oleh kumpulan profesional yang dibuat secara tertib dan teratur mengikut lunas-lunas piawaian operasi akaun yang diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) sejak 2008.

“Saya akan meminta Pengurus Besar PKPS untuk menghantar hasil audit kepada Noh Omar dalam masa terdekat supaya pegawainya boleh membuat analisa.."

Pihak Kementerian Pertanian boleh belajar daripada cara kerajaan negeri bekerja kerana akaun kita dibuat dengan tertib dan betul,” katanya.

Pada Mac 1, akhbar Selangorkini melaporkan simpanan tetap PKPS, sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri, telah meningkat kepada RM114 juta pada tahun 2011 daripada RM8.3 juta pada 2008, hasil kecekapan pengurusan pentadbiran Pakatan.

Semalam, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno-BN Selangor mempersoalkan kenyataan itu dengan mendakwa peningkatan simpanan tetap PKPS ekoran penjualan tanahnya seluas 12,000 hektar di Sarawak kepada sebuah syarikat.

Noh mendakwa transaksi jual beli itu dimulakan zaman pemerintahan Umno-BN dan selesai pada tahun 2010 dengan nilai RM97 juta.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Khalid berkata, walaupun transaksi itu benar, pentadbiran Umno-BN menjual tanah itu dengan harga yang terlalu rendah.

“Tanah itu sepatutnya tidak boleh dijual dan itu yang akan saya bangkitkan. Mengapa saya katakan kita tidak sepatutnya jual, kerana keuntungan itu terlalu kecil.

“Jadi lagi sekali Noh Omar tidak belajar pasal itu. Itu sebab isu penyelewengan dana NFC yang berlaku dalam kementeriannya juga dia tidak tahu,” tegasnya.

Kah..kah..kah...
sekali Noh Omar kena sekolah dengan Khalid Ibrahim...

2 comments:

  1. Bodoh betul Noh Omar nie..hasil meningkat pun nak jadi isu...YG NFC berjuta2 beli kondo tanak pulak die pertikaikan...aperlah nak jadi org2 umno nie...dengki sgt pada kerajaan pakatan rakyat..pada masa umno memerintah hasil2 negeri di rompak sewenang2nya utk kemewahan para2 kroni...BERUBAHLAH RAKYAT MALAYSIA...BUKAKAN MATA ANDA..KETAHUILAH 54 TAHUN DAHULU...YG KAYA HANYA KRONI2 UMNO..RAKYAT MASIH LAGI DI BELAKANG...BERUBAHLAH RAKYAT MALAYSIA...INSYALLAH HAK ANDA AKAN DIKEMBALIKAN...

    ReplyDelete
  2. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive