Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 26 March 2012

NAJIB NAK TAWAN SELANGOR? KITA NAK TAWAN PUTRAJAYA! - ANWAR


“Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? 
Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!” kata Anwar di dalam ceramah beliau di Stadium Kuala Selangor semasa karnival Terima Kasih Rakyat malam tadi..

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mencabar Perdana Menteri untuk cuba menawan Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR).


Ketua Umum PKR itu memberitahu 5,000 penyokong  PR bahawa masanya telah tiba untuk “melancarkan perang” terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir.

Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak,” dakwa Anwar.

Najib semalam berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan.

Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi “tanpa mengira apa pun yang berlaku”.

Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

“Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?” kata Anwar.

“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.”
~ TMI

Najib mungkin menganggap bahawa BR1M yang diberi kepada rakyat baru-baru ini sebagai harapan untuk menarik sokongan rakyat terhadap BN...

Namun,rakyat Selangor bukanlah bodoh untuk menutup segala penyelewengan dan salahlaku pemimpin BN dengan hanya nilai RM500..

BR1M adalah pemberian ketika hampirnya PRU13..
jadi tiada nilai keikhlasan disitu...

Bahkan kini Najib semakin giat merancang untuk memancing undi dengan segala macam janji dan "gula-gula"...

Bagi pendapat aku..
semua itu berlaku kerana PR semakin kuat..
jika BN merasakan PR terlalu lemah dan mereka semakin kuat jangan haraplah BN nak beri macam-macam kepada rakyat...

Pengalaman kita dibawah pentadbiran BN selama 54 tahun ini membolehkan kita menilai tahap keikhlasan BN...

2 comments:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete
  2. 请远离马华党员 叶金福!

    敬爱的马华公会中央领导層,
    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    Sponsors by Lawrence Tan Subang.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive