Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 21 March 2012

MAK TAK PERLU BIMBANG,HANYA 2% SAHAJA LAGI UNTUK LULUS!!


Apa perasaan kita kalau anak kita balik dari sekolah dengan kertas ujian ditangan dan dengan begitu bersemangat menceritakan kepada kita...

"mak..!!,ayah!!.. berkat dari transformasi ilmu tuisyen yang saya pelajari selama ni,maka hari ini saya mendapat markah ujian yang baik, iaitu markah saya hanya kurang 2% sahaja lagi untuk lulus..."

jadi tak ada apa-apa yang mak dengan ayah perlu bimbangkan.."

Apa yang korang rasa...?

Mungkin akan ada mak bapak yang hanya mampu tersenyum tawar melihat telatah anak mereka yang buat lawak bodoh tu...

Dan mungkin juga ada yang akan sibuk mencari rotan kat belakang almari tu...
kah...kah..kah... 

Tapi kali ni...
yang buat lawak bodoh tahap tenuk daging tu adalah seorang Timbalan Menteri Kewangan...
siapa lagi kalau bukan Datuk Awang Adek...

Dia kata...
"Had kita (hutang pada tahap kritikal) adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu.."


Kadang-kadang kalau tengok gelagat pemimpin UMNO ni..
mereka seolah-olah bangga dan mahu kelihatan "bergaya" apabila mengeluarkan kenyataan yang agak bodoh...

Kenapalah kita ada pemimpin-pemimpin yang semacam ini..?

Dia ni jugak le yang cuba "menghalalkan judi" bola dulu tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive