Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 14 March 2012

KOS MAJLIS HARIJADI NAJIB RM79,053 - KE SPRM ESOK!!


gambar hiasan.

Kos majlis harijadi Najib mencecah RM79,053 untuk sambutan satu malam sahaja...

Kalau bagi pada rakyat miskin ni.... dua buah rumah sederhana kecil yang berharga RM35,000 setiap satu dapat dibina....
dapat meneduhkan dua buah keluarga...

Tetapi RM79,053 itu hanya digunakan supaya Najib dapat memotong kek dan meniup lilin dihadapan 100 orang tetamu beliau..

Atas kerakusan Najib dan keluarga beliau dalam soal wang kerana sebelum ini didedahkan perbelanjaan majlis
pertunangan anak beliau memakan belanja RM409,767 juga ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri.. 

Maka..
NGO Jingga 13 akan membawa isu ini ke SPRM esok supaya SPRM dapat menjalankan siasatan..

Timbalan Ketua Koordinator,Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Jingga 13 akan membuat satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak...

Ianya berhubung pendedahan oleh Sdr Rafizi Ramli di Parlimen hari ini, iaitu perbelanjaan peribadi Najib Razak menganjurkan majlis hari lahir di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur menggunakan perbelanjaan dari akaun dipercayai akaun Pejabat Perdana Menteri.


Laporan ke SPRM itu akan dilakukan sebagai berikut :-
Tempat   :    SPRM,Shah Alam,
Tarikh     :    15 March 2012,
Jam          :    11:00 am.


Berikut adalah dokumen-dokumen asli dari Shangri-La Hotel yang mendedahkan tempahan bagi majlis harijadi Najib dan juga segala kos diletakkan ke atas Pejabat Perdana Menteri..







Satu persatu kerakusan pemimpin kita menggunakan wang rakyat didedahkan....
ini hanya yang kita tahu dan yang dapat kita didedahkan.. 
yang diluar pengetahuan kita, tak tahu berapa banyak lagi...

Kalau kita masih nak sokong pemimpin yang semacam ini tak tahulah aku nak kata apa lagi...

1 comment:

  1. rileksla...kalo sokong yag len pun belum tentu tak rakus...kan??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive