Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 20 March 2012

KERAJAAN PUSAT ENGGAN KERJASAMA DALAM ISU AIR - SELANGOR MINTA NASIHAT PERUNDANGAN ANTARABANGSA



Kerajaan Selangor mendapatkan nasihat dari firma perundangan antarabangsa di London berhubung kebuntuan yang sedang dihadapi dalam usaha  mendapatkan semula hak menguruskan industri air di negeri ini..

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguan kanan untuk membincangkan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan kebuntuan rundingan yang akan memberi  manfaat kepada jutaan rakyat Selangor.


“Kami amat serius untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 yang digubal kerajaan Pusat Barisan Nasional. 

Akta ini membenarkan perjanjian konsesi ditamatkan sekali gus membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

“Kami kesal dengan keengganan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk melaksanakan akta yang mereka sendiri gubal..

Sikap yang ditunjukkan Kerajaan Pusat ini berbaur kronisme dan lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding  kebajikan rakyat.

“Sebagai firma perundangan yang dihormati, kita berharap mereka dapat menggunakan pengalaman undang-undang untuk menguruskan situasi seperti ini, ” kata Menteri Besar.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga berbincang mengenai cabaran menghadapi industri perkhidmatan air di Selangor bersama sekumpulan sarjana di Pusat Pengajian Islam Oxford.  

Pada majlis makan tengahari yang dihoskan fellow Dato’ Dr Muhammad Afifi al-Akiti, Menteri Besar telah menerangkan kegagalan penswastaan air di Selangor.

“Kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi penyebab kepada kegagalan ini. Kontrak konsesi sepatutnya diberikan secara tender terbuka- satu istilah mudah tetapi sukar dilaksanakan jika tiada yang serius membanteras gejala rasuah.

“Di Selangor, (zaman BN) syarikat konsesi dipilih bukan kerana kepakaran dalam industri air mahupun kerana kewangan kukuh. Tidak hairanlah jika mereka gagal teruk.

“Kerajaan Pusat cuba memperbetulkan keadaan ini menerusi WSIA tetapi selepas berlaku perubahan kerajaan negeri pada 2008, Kerajaan Pusat sengaja menangguhkan dan mensabotaj pelaksanaan akta ini. 

Ini bukti nyata kebajikan jutaan rakyat menjadi korban demi kepentingan politik,” katanya.

Menteri Besar juga bercakap mengenai isu ini  ketika berjumpa dengan pelajar Malaysia di London anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland (UKEC). Dialog “Dari kaca mata Kerajaan Negeri Selangor’ telah diadakan di London School of Economics, Jumaat lalu.

"Rakyat Selangor terpaksa menanggung beban kewangan ekoran kegagalan penswastaan air. "

Selain memaksimumkan sumber kerajaan negeri yang menjadi hak rakyat, syarikat konsesi juga berkompromi dengan kualiti dan penyaluran air  di samping kerap mendesak kenaikan tarif air walaupun perkhidmatan yang diberikan teruk, “ kata Menteri Besar.

Pada 2007, tarif air dinaikkan dan syarikat konsesi mahu menaikkan lagi apabila kerajaan negeri baru mengambil alih Negeri Selangor. 

Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan eksploitasi secara terbuka terhadap rakyat yang merupakan satu lagi kes di mana syarikat swasta mendapat keuntungan tetapi rakyat menanggung kerugian.

“Soalan asas yang perlu dijawab, adakah ini penswastaan (privatisation) atau lanun (piratisation)?

Tan Sri Khalid Ibrahim juga membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Setiausaha Komanwel di London. Beliau berbincang dengan Pengarah Sekretariat pejabat berkenaan mengenai pembangunan politik dan cabaran menghadapi sistem pilihan raya Malaysia.

Disediakan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive