Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 19 March 2012

KERAJAAN ENGGAN ADAKAN TRIBUNAL SIASAT DAKWAAN BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL BUKIT AMAN.


Hari ini kerajaan melalui Menteri di jabatan Perdana Menterinya,Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz  telah menolak permintaan agar diadakan satu tribunal...

Tribunal tersebut didesak supaya diadakan bagi menyiasat dakwaan Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf yang menyatakan bahawa Peguam Negara,Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan telah menyalah gunakan kuasa mereka bagi "menganiayai" beberapa pegawai polis yang ketika itu sedang menyiasat seorang ketua kongsi gelap....



Malaysiakini
Untuk lebih memahami kes ini sila baca sini [GANI PATAIL BEBASKAN PENJENAYAH DALAM KES "RAHSIA TERTINGGI"]

Menurut Ramli Yussof, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Banyak sebenarnya yang kita tidak tahu berlaku di belakang kita....

Dan oleh sebab-sebab yang begini jugalah penjenayah-penjenayah yang mempunyai kuasa dan mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang atasan negara kerapkali terlepas...

Sudah sampai ke tahap macam ini pun masih tak sedar lagi..?
bila kita mahukan perubahan dalam pemerintahan negara kita pulak yang dipersalahkan...

Sebab itulah orang-orang atasan ni semakin bermaharajalela menindas...
sebab mereka tahu ahli UMNO sentiasa menyokong kesalahan mereka...

alahaaaiii....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive