Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 11 March 2012

KEBAJIKAN RAKYAT!! - SELANGOR BERI RM30 JUTA KEPADA SETIAP KAMPUNG TRADISI.



KUALA SELANGOR 11 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM 30 juta kepada setiap kampung tradisi di Selangor khusus untuk pembangunan setempat.
 
Menurut Abdul Khalid, dengan peruntukan tersebut diharap ketua-ketua kampung dapat menjalankan tanggungjawab menguruskan peruntukkan terbabit dengan cekap dan amanah.

"Peruntukan memang kita akan beri tetapi ada syaratnya.
Saya tidak mahu anda semua menjadi seperti Umno/BN.."

"Maka diharapkan wang yang diberi gunalah sebaik-baiknya untuk pembangunan bersama," pesan Abdul Khalid dalam Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor tengah hari tadi.

Selain itu, Abdul Khalid turut memberitahu Kerajaan Negeri akan menganjurkan kursus teknologi dan komunikasi kepada setiap ketua-ketua kampung demi melancarkan segala urusan berkaitan.

“Jadi segala urusan dapat dilakukan dengan cepat dan pantas melalui urusan online.

“Secara tidak langsung proses ini akan mempercepatkan juga proses penyelesaian masalah rakyat,” ujar Abdul Khalid yang juga Adun Ijok.

Ternyata, usaha Kerajaan Negeri itu disambut baik oleh Ketua Kampung Olak Lempit, Selamat Amat Judi 63, dari Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

“Sebagai ketua masyarakat semestinya berita ini menggembirakan saya kerana dapatlah saya salurkan bagi perkara-perkara yang memerlukan.

“Sememangnya duit bukan segala-galanya tetapi jika ada duit insyaallah segala urusan pun dapat dilakukan dengan lancar dan tanpa tangguhan,” jelas Selamat yang sudah empat tahun bergelar Ketua Kampung.

Majlis tersebut meraikan 368 orang Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dengan 331 daripadanya menerima lanjutan perkhidmatan untuk dua tahun lagi, sementara baki 37 adalah lantikan baru.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Exco Negeri seperti Dr. Yaakob Sapari, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Adun Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafie serta Adun Bukit Melawati Muthiah Maniapillay...

Yup!!..
memang betul kata MB tu...
jangan ikut dan jadi macam pemimpin-pemimpin UMNO...

Dulu kebanyakan Ketua cawangan UMNO yang  jadi Ketua Kampung tidak menyalurkan bantuan mahupun peruntukan yang diberi kepada sasaran yang sepatutnya...
biasanya duit peruntukan masuk ke dalam poket sendiri...

.

2 comments:

  1. ada ke tiap kampung dpt 30juta tu....takde pambangunan dibuat pun kat kampung2...

    ReplyDelete
  2. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive