Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 17 March 2012

KAWASAN UNDI MB DITUKAR TANPA PENGETAHUAN - SPR WAJAR DILETAK DIBAWAH PARLIMEN.


Malaysiakini
SPR WAJAR DIROMBAK DAN DILETAKKAN DI BAWAH PARLIMEN

JINGGA 13 menganggap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR ) yang beroperasi sekarang sudah lagi tidak relevan dan wajar dirombak sama sekali.




Integriti dan kreadibiti SPR sudah semakin rosak dan punah dengan palitan pelbagai penyelewengan , tidak adil , telus dan profesional.

Pelbagai laporan beserta bukti telah begitu banyak 

dilaporkan , tetapi malangnya SPR terus bersikap dwi-standrd dan terus 'menegakkan benang yang basah ' untuk menafikan segala permasalahan dan aduan yang dibuat.

SPR terus dilihat gagal mengendalikan pilihanraya yang benar-benar bersih. Sikap tunduk kepada parti pemerintah dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia . 


Tuntutan BERSIH dianggap tidak penting dan gagal disempurnakan oleh SPR dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal. 

Parti pembangkang akan terus menjadi mangsa kepada SPR melalui undang-undang dan peraturan yang sentiasa berubah-ubah, tidak konsisten dan berat sebelah.

Adakah SPR adalah benteng terakhir UMNO BN ? Bersekongkol dalam memastikan UMNO BN terus menang dan menguasai Putrajaya. 


Menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kemenangan UMNO BN. Senarai pemilih yang terus diragukan, tidak dibersihkan walaupun pelbagai bukti dan usaha dibuat .

Kebangkitan rakyat menolak UMNO BN sahaja lagi yang tinggal dalam memastikan segala tipu helah SPR gagal. Tetapi kelicikan SPR dengan pelbagai taktik dan strategi mampu menolak suara rakyat dengan memberikan kemenangan kepada UMNO BN.

Isu yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bukti yang menunjukkan SPR adalah gagal dalam bertindak telus, adil dan profesional. 


Apa lagi dalih dan alasan yang akan disampaikan oleh SPR ? Kes pertukaran tempat mengundi bukan perkara baru dan sudah melibatkan ribuan pemilih ditukarkan tanpa kebenaran mereka. Dibuat sewenang-wenangnya oleh SPR tanpa rasa bersalah . 

Termasuk pengundi yang mempunyai 2 atau 3 tempat mengundi . 

Warga asing menjadi pengundi dan macam-macam kes oleh SPR. 

JINGGA 13 yakin bahawa SPR wajar diletakkan di bawah parlimen dan bertanggungjawab kepada parlimen . Bukannya di bawah telunjuk Perdana Menteri . Tidak ada sesiapa pun yang mampu mempengaruhi SPR . 


Integriti dan kreadibiliti SPR perlu dibersih dan direformasikan agar diyakini oleh rakyat . Pilihanraya yang bersih , sistem dan pengurusan yang efektif , telus , adil dan profesional adalah menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive