Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 21 March 2012

ISTERI NABI JUGA ADA YAHUDI - BUKTI ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA SUPAYA BENCI YAHUDI HANYA KERANA DIA YAHUDI


Sekarang ini kecoh isu Yahudi di mainkan UMNO...
sehinggakan UMNO begitu ligat memutar belitkan kenyataan Presiden PAS mengenai Yahudi...

UMNO memberikan gambaran yang salah kepada ahli-ahlinya...
seolah-olah sehinggakan jika seseorang yahudi itu masuk Islam kita masih kena benci dia sebab dia tu yahudi...
seolah-olahnya begitu..

Sedangkan PAS telah menyatakan bahawa mereka  sememangnya menolak zionis...
manakala Yahudi yang tidak memusuhi Islam tak wajar pula kita memusuhinya..
baca kenyataan Nik Aziz disini untuk lebih kefahaman..

Di Israel sendiri ada aktivis-aktivis berbangsa yahudi yang menentang penindasan terhadap rakyat Palestin..

Ajaran Islam juga tidak pernah menghadkan agama kepada sesuatu bangsa sahaja..
Islam itu untuk semua umat manusia,semua kaum,semua darjat dan bangsa kerana Islam itu adalah agama Allah buat hamba-hambanya..

Mulia kita adalah kerana kita beragama Islam..
menjadi melayu tidak menjadikan kita mulia...
Berikut..
adalah kenyataan Dr. Maza mengenai isu yahudi ini...

Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. 

Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. 

Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. 

Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar.

Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

5 comments:

  1. Cuba senaraikan 2, 3 orang contoh orang Zionis dan contoh orang Yahudi ( org yang masih hidup lah bukan org yang telah mati seperi Nabi Isa A S, N Yahya A S, dll)

    Apakah Banjamin Natayahu Zionis atau Yahudi?

    Aku pun nak tahu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benyamin Netanyahu Zionis Yahudi. Zionist=kump Yahudi yg menyokong hak Israel sbg negara dan menidakkan kewujudan Palestin. Zionis x semestinya Yahudi je. Ada jg Zionis Kristian. Dan Zionis jg sekular. Mereka x ikut pun ajaran kitab Taurat. Klau mereka ikut, mereka x boleh menindas rakyat Palestin.

      Delete
  2. ada yahudi yg memeluk islam di zaman sekarang ni.Boleh disearch dalam internet ni kalau nak bukti. Jadi apakah kita kena memusuhi mereka. Yg ditentang adalah yahudi yg berfahaman zionist krn kekejaman mereka terhadap rakyat palestine. Zionist tu fahaman puak yahudi yg jahat. Sapa2 pun tak kira apa bangsa kalau mereka menentang Islam wajiblah kita lawan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous Mar 21, 2012 03:09 AM;
    bukan ker Nabi Isa AS belum mati???...Beliau telah diangkat oleh ALLAH SWT..

    ReplyDelete
  4. arab-bangsa-non-israil-pertama-yang mendengar injil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive