Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 7 March 2012

DOKUMEN SULIT PEMBERIAN TENDER DI SELANGOR TAHUN 2006 HINGGA 2010 AKAN DI DEDAHKAN SEMPENA SIDANG DEWAN SELANGOR.


 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan dokumen-dokumen yang melibatkan pemberian tender secara rundingan dari tahun 2006 hingga 2010 agar rakyat tahu keadaan sebenar.

Menteri Besar berkata, dokumen-dokumen ini akan dibentangkan dan dibincangkan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) untuk mendapatkan kelulusan sebelum disiarkan kepada umum. 


Persidangan tersebut akan bermula 19 Mac sehingga 23 Mac 2012 dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah.

Menteri Besar  berkata, proses pembentangkan ini perlu mengikut prosedur kerana dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memerlukan kelulusan DNS sebelum disiarkan kepada umum.

“Kita mengutamakan ketelusan dalam pentadbiran dan kerana itulah kita akan bentangkan dokumen-dokumen tender supaya rakyat tahu dan membuat penilaian terhadap keputusan-keputusan yang kita buat, ” kata Menteri Besar ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Menteri Besar juga menyatakan bahawa pemberian tender secara rundingan bukanlah sesuatu yang baharu dan telah diamalkan oleh Barisan Nasional sekian lama dan adalah amat pelik mengapa pembangkang di Negeri Selangor sekarang berubah pendirian.

Adakalanya juga terdapat kes tertentu yang memerlukan Kerajaan Negeri memberi projek atau tugasan secara terus dalam keadaan kecemasan.

“Sebagai contoh apabila kejadian tanah runtuh - kita perlu melantik juruperunding seperti IKRAM untuk menyiasat tahap keselamatan dengan segera.  

Dalam keadaan sebegini, kita tidak perlu meminta sebut harga. Tindakan ini tidak bercanggah dengan prosedur SPRM kerana telah
mendapat kelulusan EXCO dan Pegawai Kewangan Negeri,” katanya.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

1 comment:

  1. Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
    Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

    U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

    Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

    U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

    if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


    Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
    你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

    你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

    你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KULAU LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

    YOUR TRULY

    MCA MALAYSIA

    Sponsors by Jimmy Ong, Chan Siew Lean, Frankie Lim, Lee Fan Kiat Kuala Lumpur....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive