Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 29 March 2012

DIFITNAH JUAL TAPAK MASJID - INI JAWAPAN LIM GUAN ENG


Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. 

Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. 

Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid. 

Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah

menggadai tanah masjid. 

Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. 

Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. 


Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. 

Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam. 

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. 


Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? 

UMNO mesti ingat, bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan. 

UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. 


Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. 


Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lim Guan Eng
.

Lianglahad: Itu sahajalah modal yang UMNO ada...
mereka hanya boleh mencipta isu perkauman, isu seks dan isu ketegangan agama...

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive