Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 19 March 2012

"BEBASKAN IMAM HOSLAN" - PERHIMPUNAN AMAN 24 MARCH 2012 (SABTU)



 24 march 2012 ini...
bersamaan dengan hari sabtu...

Marilah kita bersama-sama hadir bagi menyatakan "TIDAK" kepada sistem perundangan kita yang kerap kali menekan rakyat biasa...

Sedangkan bila pemimpin-pemimpin negara menghina institusi kehakiman, menghina institusi Raja-Raja Melayu, menyeleweng ratusan juta wang rakyat serta menjual kedaulatan negara kepada warga dan negara asing..
mereka seringkali "terlepas" dan dibebaskan...
seolah-olah undang-undang negara tidak terpakai ke atas mereka...


Kehadiran kita adalah sebagai satu "signal" kepada kerajaan Malaysia bahawa kita mahukan satu sistem yang adil tanpa mengira pangkat dan darjat...

Betullah kata-kata Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu..
"kalau saya,orang no 2 dalam negara (ketika itu beliau baru dipecat dari TPM) diperlakukan sebegini (difitnah,dibogel dan diaibkan dalam tahanan) ,apakah pula nasib yang bakal menimpa rakyat bawahan..?"

Maka..
marilah kita turut sama di dalam perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada Agong pada sabtu ini....



PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN ' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Islam dan tatacaranya... Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid,"  -  Imam Hoslan Hussin

Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Imam Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan Imam Hoslan Hussin membaling kasut . 


Hukuman tersebut adalah keterlaluan dan zalim tanpa diasaskan sebarang pertimbangan moral dan perikemanusiaan . 

Kes yang sepatutnya ditangani dengan penuh kewajaran, belas kasihan dan bijaksana telah gagal dilaksanakan sebaliknya dengan kejam menjatuhi hukuman penjara sehingga sanggup memisahkan beliau dengan 7 orang anak dan isteri .

Tindakan memenjarakan Imam Hoslan Hussin adalah satu tindakan zalim bagi tujuan menutup isu sebenar . Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit. Pendedahan tersebut menyebabkan pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Imam Hoslan dan melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosinya, ekoran kesnya itu telah tertangguh sejak 1999. 


Isu sebenar telah ditutup dan disembunyikan melibatkan penyelewengan ratusan ribu RM oleh pentadbir Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan oleh Imam Hoslan Hussin yang pernah dilaporkan.

Justeru atas prinsip keadilan dan keperihatinan , JINGGA 13 bersama 

  • Dewan Pemuda PAS Pusat , 
  • Angkatan Muda Keadilan Malaysia,
  • Wanita PKR Pusat, Pemuda DAP, 
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  • Anwar Ibrahim Club (AIC), 
  • Soladiriti Mahasiswa Malaysia 
....dan beberapa NGO serta NGI menganjurkan PERHIMPUNAN AMAN 'BEBASKAN IMAM HOSLAN' DAN PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada;

Tarikh : 24 Mac 2012 
Bertempat : di Masjid Wilayah , Kuala Lumpur , 
Jam 2.00 petang selepas solat zohor dengan bertemakan warna HITAM DAN PUTIH .

Perhimpunan aman tersebut juga akan turut berarak daripada Masjid Wilayah ke Istana Negera bagi tujuan menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong agar diberikan pengampunan dan dibebaskan daripada hukuman agar Imam Hoslan dikembalikan ke pangkuan keluarga yang sedang bersedih menanti kepulangan beliau.

Perhimpunan aman tersebut akan dihadiri oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO serta akan turut disertai oleh isteri dan anak-anak Imam Hoslan Hussin .

Kami merayu agar seluruh rakyat Malaysia yang perihatin dan bersimpati terhadap Imam Hoslan Hussin dan ahli keluarga beliau untuk turun beramai-ramai ke perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong tersebut di Masjid Wilayah dan bersama-sama ke Istana Negara sebagai tanda soladiriti terhadap pembebasan dan perjuangan Imam Hoslan Hussin.

BEBASKAN IMAN HOSLAN!

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive