Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 1 February 2012

WARTAWAN HARAKAH MENINGGAL - JINGGA 13 SEMPAT ZIARAH 1 JAM 1/2 SEBELUM MENINGGAL.



Petang semalam.. (31 January 2012)
selepas Jingga 13 menerjah Ibu Pejabat NFC di Solaris Mont Kiara... [JINGGA 13 TERJAH NFC]

Jingga 13 telah melawat Mohamad Safri Samsudin 42 tahun di HKL...
arwah adalah merupakan seorang wartawan akhbar Harakah...

Kedatangan Jingga 13 melawat rupa-rupanya hanya kurang 1 jam setengah dari perginya Arwah meninggalkan kita selama-lamanya....

Jingga 13 meninggalkan HKL pada jam 4:00pm

manakala Arwah di Jemput Allah kembali pada jam 5:37pm...


Ketika berada di wad....
Suasana begitu pilu apabila melihat anak-anak arwah yang masih kecil seawal usia 8 tahun hingga 16 tahun....

Dan apabila melihat anak perempuan arwah yang berumur 8 tahun itu menyebabkan hati semakin sebak...
kerana boleh dapat dilihat kesan mata yang bengkak akibat banyak menangis....

Buat isteri arwah...
Kita amat memahami akan kesukaran hidup Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya dengan pemergian arwah buat selama-lamanya... 

Dengan pendapatan beliau sebagai Pikom Selangor sebanyak RM1,500 sebulan sudah tentulah agak sukar untuk menyara 5 orang anak...






Pilu...Anak perempuan arwah sentiasa bisikkan dua kalimah syahadah...

Anak inilah yang membuatkan hati sebak


Sebak menyelubungi hati anggota Jingga 13..



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga sempat hadir ziarah keluarga arwah disaat jenazah arwah dibawa keluar dari HKL petang semalam...


Al- Fatihah...
semoga Allah mencucuri rahmat buat roh arwah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive