Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 10 February 2012

UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN.


Nota : Artikel kali ni panjang sikit...

Sebelum aku mulakan bicara tentang kuil Seksyen 19,Shah Alam yang baru berpindah ni...
aku nak tanya korang sikit...

Masih ingat tak lagi kes pijak kepala lembu di hadapan SUK oleh UMNO Selangor..?

Kalau tak ingat.. 
aku kasi gambar sikit sebagai pembuka bicara dan sebagai ingatan kita kepada kebodohan UMNO tentang isu kuil ini...




OK..
Kuil yang isu pemindahannya menjadi kontroversi dan menggemparkan negara apabila parti perkauman UMNO,bertindak menghina agama Hindu dengan memijak kepala lembu dihadapan SUK...

Walhalnya penduduk di Seksyen 19 Shah Alam ni sudah lama memohon kepada kerajaan negeri terdahulu iaitu UMNO supaya memindahkan kuil tersebut (di Seksyen 19) yang terlalu hampir dengan rumah penduduk,iaitu terletak betul-betul dihadapan rumah...

Keluhan penduduk ialah apabila ada ucara atau perayaan di kuil tersebut,tempat menjadi sangat sesak, banyak kereta diletakkan di tepi jalan ekoran tiadanya kawasan yang sesuai untuk meletakkan kenderaan berhampiran kuil tersebut..


Namun...
kerajaan UMNO seakan-akan memandang sepi keluhan penduduk Seksyen 19 Shah Alam,apabila tidak berusaha untuk memindahkan kuil tersebut...

Dan pada tahun 2009...(selepas 21 tahun..)
setahun selepas PR memerintah Selangor..
keluhan dan permohonan penduduk seksyen 19 mula disusuli dengan tindakan dan usaha memindahkan kuil tersebut ke satu tempat lain...
di Seksyen 23 Shah Alam...

Namun ianya mendapat bantahan UMNO Seksyen 23 dengan siap berarak ke SUK dengn membawa kepala lembu dan juga turut memijak kepala lembu tersebut sebagai lambang penghinaan mereka terhadap agama Hindu....
lihat gambar-gambar ini...


Ok...
dah tengok aksi bodoh tersebut...?
tu dilakukan oleh parti perkauman tu...
UMNO ler.. siapa lagi...
Selayang pun datang..? ni masalah seksyen 23 ke masalah selayang..?
Yang ni pulak UMNO Seksyen 23...

Itulah UMNO...
takde kerja lain selain memainkan api perkauman,isu seks dan fitnah yang berpanjangan sepanjang zaman...
seolah-olah bagi mereka,tiada lagi hari esok untuk membuat dosa...
sepatutnya mereka bekerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana masalah itu adalah masalah "tinggalan" UMNO sejak berpuluh tahun lalu...

KINI....
ni yang aku nak story kan tu...

Selepas 4 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor ini..
kuil di seksyen 19 yang di pohon oleh penduduk supaya dipindahkan...

TELAH PUN BERPINDAH...

Dan sudah tentulah pemindahan ini dipersetujui oleh pihak kuil selepas perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat..


Malah...
kuil tersebut juga telah pun dirobohkan baru-baru ini dengan kerjasama pihak kuil di Seksyen 19 tersebut.

Gambar kuil tu sebelum dirobohkan..


Dan ini pulak..
gambar selepas ianya dirobohkan..

kawasan ini akan didirikan rumah 2 tingkat yang tertangguh berpuluh tahun.
 Maka..
selepas 24 tahun.... (1988 - 2012)
Selesailah sudah masalah yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan UMNO selama ini...

Kena Pakatan Rakyat jugak yang boleh menyelesaikan masalah sensitif macam ni...
UMNO GAGAL..!!!

Pindah ke Kuil baru.
Penempatan kuil baru tersebut adalah di Seksyen 23,satu kawasan yang jauh dari perumahan dan berada di laluan utama menuju ke Seksyen 25,Shah Alam..

Kuil tersebut masih belum siap sepenuhnya....
masih diperingkat akhir sebelum ianya boleh digunakan sepenuhnya..
tarikh gambar : 10 February 2012

UMNO apa pun tak boleh...
zaman UMNO...
surau pun ditutup..
masjid pun diroboh...
apatah lagi kuil...

4 comments:

  1. umno mmg..united moron no la katakan

    ReplyDelete
  2. Huh! memalukan aje! x sudah2 dgn racist! obviously UMNO GAGAL, GAGAL dan GAGAL BERKALI2!

    ReplyDelete
  3. Kami penduduk Seksyen 19 dan tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kuil itu sudah diarahkan berpindah ke Seksyen 18 tahun 2003 tetapi pihak kuil menolak. Penduduk terus buat bantahan sebab aktiviti kuil sering ganggu ketenteraman penduduk. Beberapa lokasi ditawarkan BN tetapi mereka tolak, pelbagai tuntutan mereka buat. Selepas semua penduduk setinggan yang menggunakan kuil itu dipindahkan tahun 2005 yang datang kekuil selepas itu adalah penduduk kawasan luar. Pada tahun 2006 selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan kuil semakin aktif. Penduduk mengadu kepada Sultan Selangor, Biro Pengaduan JPM dan BPR. Penduduk terima maklumat daripada MBSA pada 29/12/2007 kuil diarah pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Usaha penduduk Islam minta kuil dipindahkan bertahun2 menjadi sia2. Gangguan kuil semakin bising, mereka gantung bendera PAS dan PKR pada papan tanda PKNS, mereka beritahu penduduk 2 parti sokong kuil tidak payah pindah. Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan berkesan. Pada Disember 2008 penduduk minta bantuan NGO Islam sebab gangguan semakin kronik hingga berlaku ugutan kumpulan gengster 303 kepada penduduk. Pada 8/1/2009 pemimpin NGO yang membantu penduduk diserang Khalid Samad. Logikke dia buat tuduhan NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu? Depan mata penduduk dia membela Hindu kuil. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pihak polis juga menasihatkan kuil pindah. Mei 2009 Kuil diluluskan pindah berhampiran Taman Ixora Seksyen 23 tapi penduduk disana bantah kerana mereka tahu masalah di Sekseyn 19. Bantahan mereka tidak dipedulikan sebab itu mereka minta bantuan NGO. Logikkah sebuah kuil besar diatas tapak satu ekar hendak dibina dekat kawasan majoriti Islam?. Pemimpin PR tidak mengaku kesilapan mereka hingga berlaku ketegangan di Seksyen 19 dan di Seksyen 23 kerana isu kuil. Begitu mudah lempar batu sembunyi tangan. Penduduk bersyukur kuil sudah dipindahkan tapi bukan mudah untuk melupakan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh penduduk sekitar selepas PR berkuasa Mac 2008. Kenapa pihak kuil yang mendapat sokongan MIC sejak zaman BN yang di bela? Kenapa bila Melayu bawa kepala lembu jadi isu dunia? Kenapa tidak ada ada tindakan segera bila Hindu kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang jam 1 pagi pada 26/7/2008 bawa patung besar depan rumah penduduk Islam?. Penduduk tegur bising diugut bunuh, polis sampai mereka jerit apa komplen2 Melayu bodoh. Salinan laporan polis dihantar kepada Khalid Samad pada 9/8/2008 diMasjid Ubudiah Seksyen 19 tetapi tidak tindakan selepas aduan dibuat. Jadi siapa yang bersalah dalam isu ini?

    ReplyDelete
  4. Walau apapun masalah.. memijak kepala lembu itu tidak masuk akal dan ia salah di sisi islam.. adakah itu caranya untuk membuat demostrasi? Bukankah lembu itu haiwan yang kita selalu makan dan sumber rezeki sesetengah orang islam? Kalau kita sebagai insan islam menunjuk cara begini lebih baik tidak perlu menepuk dada dan bangga sebagai islam.. ini angkara politik kotor yang sesetengah orang tidak menggunakan ilmu dan otak yang diberi oleh S.A.W

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive