Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 23 February 2012

TIADA INTERAKSI DENGAN ISRAEL - JINGGA 13 SANGGAH KENYATAAN MUKHRIZ



Semalam...
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa "Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak  swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnyangnya,"

Kenyataan beliau itu..
hari ini di sanggah oleh NGO Jingga 13...

Jingga 13 adalah NGO yang bertanggungjawab mendedahkan 2 buah  kapal Israel yang berlabuh di West Port,Pelabuhan Klang baru-baru ini.. 
dua buah kapal tersebut adalah;
  1. ZIM USA.
  2. ZIM ATLANTIC


JINGGA 13 melalui Ketua Koordinatornya,Fariz Musa (gambar) menyangkal kenyataan oleh YB Mukriz Mahathir yang menafikan akan kewujudan hubungan diplomatik yang bermaksud tiada interaksi antara kerajaan Malaysia dengan Isreal. 

Secara dasarnya memang tidak wujud hubungan diplomatik antara Malaysia-Isreal tetapi hakikatnya adalah hipokrit. 

Soal beliau, "Bagaimana urus niaga dan dagangan yang cukup besar melalui syarikat perkapalan milik Isreal begitu sewenangnya menjalankan eksport dan import tanpa sebarang interaksi daripada dua buah negara..?"

Menurut beliau,Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. 

"Isunya ialah wujud hubungan dagang antara Malaysia - Isreal. Kenyataan beliau (Mukhriz) cukup dangkal dan melucukan sebagai Timbalan Menteri ."

"Seolah-olah beliau dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah dibuat antara bapa beliau Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Isreal..."  tambah Fariz Musa lagi dalam satu kenyataan media beliau...

"Kenyataan YB Mukriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri ternyata bertujuan membohongi rakyat Malaysia bahawa hubungan erat perdagangan dan perniagaan dengan negara Isreal adalah bukti pengiktirafan terhadap negara haram Isreal malah kerajaan UMNO/BN mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama tanpa sebarang halangan.." tambah beliau lagi...

Cabar buktikan polisi kerajaan

Fariz Musa menegaskan..
"JINGGA 13 MENCABAR Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut membuktikan akan polisi kerajaan yang membenarkan kapal daripada Isreal yang beribu pejabat di Haifa , Isreal berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta atau sesiapa pun di Malaysia.. Sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik dengan Israel..."

Kuasa menentukan kehadiran kapal-kapal serta urusan perdagangan dan perniagaan dengan Israel tersebut adalah di bawah Kerajaan Umno/BN . 

Kerajaan UMNO/BN adalah pihak yang menentukan sama ada membenar atau tidak membenarkan kapal-kapal tersebut ke semua pelabuhan di Pelabuhan Klang termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan YB Mukhriz Mahathir adalah tidak berasas dan bertentangan dengan kenyataan oleh pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja. 

Satu kenyataan yang melucukan kerana JINGGA 13 mempunyai dokumen yang disahkan oleh pihak Kastam DiRaja Malaysia di mana wujud aktiviti mengeksport kayu balak menggunakan kapal-kapal Isreal pada 16 Februari dan menyaksi bagaimana kontena -kontena ZIM turun dan dinaikkan ke kapal-kapal milik Zim Integrated Shipping Ltd. 

Malah lebih menyedihkan ianya berlayar terus daripada Haifa , Israel ke Pelabuhan Klang,
Jelas beliau lagi..

Persoalan.
JINGGA 13  mempersoalkan kenapa begitu banyak kontena-kontena milik ZIM Integrated Shipping Ltd di sekitar Westports, Pelabuhan Klang jika hanya kapal tersebut datang untuk singgah. Terbukti wujud perdagangan dan urusniaga yang sudah cukup lama antara Malaysia -Israel.

JINGGA 13 juga MEMPERSOALKAN tindakan kerajaan UMNO/BN yang bersikap hipokrit , adakah kapal-kapal Malaysia boleh berdagang di Israel? Sedangkan kapal-kapal misi kemanusiaan ke Palestin yang melibatkan rakyat Malaysia dibedil dan ditawan oleh tentera Israel tetapi Malaysia membenarkan hubungan dagangan dengan Isreal. Satu perkara yang cukup pelik.

"YB Mukhriz Mahathir adalah merupakan Penyelaras Aman Malaysia yang pernah mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal Israel berdagang dan berniaga di Malaysia.." tegas Fariz Musa lagi..

Bukankah perdagangan dan urus niaga tersebut membantu meningkatkan ekonomi negara Isreal yang mana syarikat perkapalan tersebut beribu pejabat di Haifa , Isreal ...?

Bukankah aktiviti tersebut menjadikan Malaysia turut sebagai penyumbang 'peluru dan senjata' untuk tentera Isreal membunuh umat Palestin ...?
Soal beliau..

Sikap HIPOKRIT kerajaan UMNO/BN Malaysia ternyata bertujuan untuk membohongi rakyat Malaysia yang membenci keganasan dan kezaliman Isreal yang membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat Palestin. Pengikhtirafan Kerajaan UMNO/BN terhadap negara Isreal sangat-sangat melampau dan keterlaluan. 

Itulah namanya BN dan UMNO....
dengan orang kampung,mereka katakan mereka ni sokong perjuangan Palestin...
sedangkan dalam masa yang sama mereka jugalah yang  terlibat dalam meningkatkan ekonomi Israel...

Tolak BN!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive