Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 7 February 2012

TENDER - KONTRAKTOR BUMIPUTERA PULAU PINANG KECAM MCA MAINKAN SENTIMEN KAUM


Kontraktor Bumiputera Pulau Pinang hari ini mengecam MCA yang dilihat sebagai cuba memainkan api perkauman apabila melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kontraktor Bumiputera dapat tender di Negeri itu walaupun mengetahui Pulau Pinang mengamalkan sistem tender terbuka..

MalaysianInsider



Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA, Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) (Lim Guan Eng), menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.
“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

UMNO "gebang" kat orang kampung DAP ni parti anti Melayu....
MCA pulak "gebang" kat orang cina,DAP ni parti anti Cina....

Hakikatnya adalah...
seperti yang dijelaskan oleh Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang di atas...

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri menjalankan tanggungjawab dengan sangat-sangat adil....
semua orang tahu Lim Guan Eng menjadikan rentak pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai panduan pentadbiran beliau...

Habislah modal "perkauman" UMNO dan MCA sekarang ni....

Harap korang celiklah sikit....

1 comment:

  1. Assalamualaikum....tumpang promote ye.... Tak perlu lagi cari tender dan sebutharga. Kami akan beritahu anda jika ada yang sesuai dengan anda. https://www.facebook.com/tendersebutharga

    http://www.tendersebutharga.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive