Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 27 February 2012

SUAMI SHARIZAT AKAN DIDAKWA PECAH AMANAH - NFC TAK PERLU "MELOMPAT" KATA POLIS


Nampaknya Syarikat suami Sharizat yang diketuai oleh suami dan anak-anaknya melompat apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mencadangkan didalam laporan siasatan yang akan diteliti oleh Peguam Negara untuk mendakwa Suami Sharizat,Ketua Wanita UMNO itu sebagai melakukan jenayah pecah amanah...

Keluarga Sharizat melompat mungkin kerana mereka sangat memahami cara politik UMNO iaitu,apabila Polis sudah berani memberikan gambaran awal siasatan mereka
kepada umum, (mendakwa suami Sharizat) maka sudah tentulah Polis mendapat "restu"  agar skandal ini tidak di "cover" atau pun "diselamatkan" seperti kes-kes melibatkan pemimpin UMNO yang lain...

"Kalau mereka (NFC) tak puas hati, itu terpulang kepada dia. Kita tetap jalankan tugas kita, kalau tidak, buat apa kita siasat?" kata Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

NFC menerusi satu kenyataan semalam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Ismail sebelum ini supaya pengerusi syarikat itu, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT)...

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga menggesa Peguam Negara mengambil tindakan sewajarnya berhubung cadangan pihak polis supaya mendakwa pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) atas dakwaan pecah amanah dan bertindak atas fakta kes yang dikemukakan polis.

Menurut beliau,Peguam Negara tidak mempunyai pilihan selain mendakwa mereka kerana ia adalah atas saranan pihak polis.
 
“Polis sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sangat berkesan, dan peguam negara harus bertindak atas fakta-fakta kes,” katanya di ibu pejabat PAS di sini.

Kes ini masih lagi panjang...
belum bermula lagi pun....
kadang-kadang wayang dimainkan seolah-olah penjahat akan ditangkap...
tetapi,di akhir cerita...
penjahat akan terlepas jua akhirnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive