Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 14 February 2012

SOKONGAN FELDA PADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT 15%!


Presiden ANAK, Mazlan Aliman menganggap Felda bukan lah tempat yang mudah bagi BN untuk mengatakan ianya adalah tempat yang selamat sebagai "deposit tetap" BN...

Inilah hasilnya pendedahan demi pendedahan "kezaliman" Felda terhadap peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.

Peneroka Felda sudah mula membuka mata mereka...
dan mereka juga tahu yang mana satu menguntungkan mereka dan yang mana satu merugikan mereka...


MalaysiaKini
Mazlan berkata perubahan sokongan peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.

Kemudiannya, ia 'melarat' ke Felda lain antaranya, 
    NONE
  • Felda Mu'aqqil ,
  • Gugusan Air Tawar,
  • Sungai Koyan, 
  • Gugusan Jengka, 
  • Bera di Pahang; 
  • Serting,
  • Jempol,
  • Kerteh.

"Barang diingat yang membawa kes ke mahkamah, bukan orang PAS dan PKR sahaja, (malah) ia keseluruhannya masyarakat Felda terdiri daripada orang Umno yang bersama dengan kita.

"Maknanya mereka pun hari ini melihat, perjuangan kita betul dan perjuangan parti mereka (yang) tidak berjuang untuk mempertahankan hak mereka," katanya sambil menganggarkan jumlah peneroka yang mengambil tindakan mahkamah melebihi 2,000 orang.

Sambil menyifatkannya sebagai satu fenomena menarik, Mazlan berkata dalam sesetengah kes, jumlah ahli Umno lebih besar daripada ahli dari Pakatan Rakyat khususnya di Felda Mu'aqqil dan Felda Serting.

"Ini (satu) fenomena bagi Umno, dia rasa cemas dengan perkara ini. Ini satu tahap yang sangat menariklah, politik di tanah rancangan Felda ini," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Perhijrahan sokongan

Ditanya berhubung peratusan perubahan sokongan pengundi Felda dalam pilihan raya umum akan datang, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.


NONEKatanya, berlakunya "perhijrahan sokongan" terhadap pembangkang di kawasan Felda pada tahun 1990 dan 1999 susulan berlakunya pepecahan dalam Umno yang mewujudkan Team A dan Team B serta pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PAS menang di Jengka dan Chini.

Bagaimanapun, sokongan pengundi di Felda merosot pada 2004 dan 2008 merosot serta tidak mampu mempertahankannya seperti yang diperolehi dalam pilihan raya sebelumnya.

"Dalam pilihan raya umum ke 13, kita tidak letak sasaran yang terlalu tinggi, kalau kita letak 5 hingga 15 peratus kenaikan sokongan, saya dapat rasakan, kawasan Felda ini akan menyumbang kepada kejatuhan (kepada) parti pemerintah.

"Dalam konteks negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Ini ketara benar. Ini suasana yang berlaku," katanya sambil menambah ada kawasan di Pahang sokongan berada di paras 40 hingga 45 peratus.

Bila masyarakat Felda mula membuka mata...
itulah saatnya UMNO pula yang akan menutup mata...

1 comment:

  1. Sila dapatkan maklumat de http://www.anwaraidc.com/?p=33710 dan sambungannya http://www.anwaraidc.com/?p=33738 ada videonya dan ada tulisannya, lebih mudah mendengar videonya. Tidak kira siapa sokongan anda pastikan masa depan Islam terpelihara adalah tujuan utama sokongan anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive