Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 14 February 2012

SIASAT PENINGKATAN "LUAR BIASA" PENGUNDI DI SUBANG,PUCHONG DAN KOTARAJA - ANWAR


Selangor ni memang menjadi negeri yang paling utama dalam sasaran UMNO untuk mereka merampasnya kembali..

Muhyiddin pun pernah umumkan dalam lawatan kerjanya ke Selangor tidak lama dulu bahawa 9 Dun milik PR di Selangor ini akan manjadi milik BN pada PRU13 nanti...

Keyakinan Muhyiddin tersebut bukan satu perkara yang terhasil dari mana-mana kaji selidik yang dibuat oleh
mana-mana Universiti mahupun pihak NGO lainnya..

Tetapi keyakinan mereka tersebut adalah kerana pengundi-pengundi yang tidak bermastautin sedang di"aturkan" untuk mengundi dibeberapa Dun di Selangor sejak dari awal lagi...

Lihat artikel yang pernah aku ketengahkan dahulu...


Kesemua itu dilakukan untuk merampas semua Selangor..
kerana BN merasakan 'sukar" untuk mereka menawan kembali Selangor yang kini ditadbir dengan begitu baik oleh Pakatan Rakyat...

Jika BN tidak main cara kotor sebegini,memang tiada harapan untuk mereka bertapak semula di Selangor...

Pertambahan pengundi secara peratusan yang agak luar biasadi beberapa DUN  memang patut diberikan perhatian oleh SPR...


MalaysianInsider

Anwar turut menuntut SPR melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap sejumlah 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sehingga Oktober 2011....
sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih.....

Kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga 100 tahun tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," jelasnya lagi dan menambah, pembangkang turut mendesak SPR menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat warga asing yang diberi kerakyatan.

 "Perkara itu bukan hanya isu di Sabah, bahkan masalah peringkat nasional. 
Sehubungan itu, PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan suruhanjaya  dan sahkan status mereka yang layak sebagai warganegara dan pengundi sebelum pilihan raya akan datang," tegasnya.

Menurut beliau, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tiga pemimpin PR yang berada di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan penambah baikan pilihan raya (PSC) akan memainkan peranan mendesak SPR menjalankan semakan yang lebih telus dan pendaftaran secara automatik supaya data pengundi dapat disemak dengan lebih teliti.

"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.

1 comment:

  1. SPR telus? Jangan takut mati bro, kalau sbb takut dgn ugutan korang sanggup membelakangkan prinsip kejujuran dan etika dalam kerja, xlayak korang pegang jawatan dalam pertubuhan yang sepatutnya neutral dan xx menyebelahi mana2 pihak, byk sgt ke dapat offer? aku musykil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive