Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 7 February 2012

SHARIZAT HERET WANITA UMNO KE DALAM SKANDAL NFC,ADAKAH WANITA UMNO JUGA TERLIBAT SAMA?


JINGGA 13 tertarik dengan kenyataan yg dibuat oleh Datuk Seri Sharizat Jalil....
Ketua Wanita UMNO yang dilihat cuba mengheret Wanita UMNO dalam isu Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan serta mengalih isu kepada kononnya serangan yang bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita UMNO.

Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil seolah-olah mengheret Wanita UMNO bersama dalam polemik yang melibatkan ahli keluarga beliau dengan Skandal NFC tersebut . 



Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO apabila beliau cuba mengheret Wanita UMNO sama ? 

JINGGA 13 mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil yang baru pulang daripada mengerjakan umrah untuk membuat penafian bahawa tidak ada satu sen pun dana NFC disalurkan untuk Wanita UMNO.

Andai dana NFC telah diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO ini bermakna UMNO juga turut terlibat dalam isu Skandal NFC tersebut. 


Bagaimana wang yang seharusnya digunakan bagi tujuan kepentingan rakyat dalam menjayakan Projek Fidlot Kebangsaan diseleweng dan pecah amanah jenayah berlaku bagi tujuan kepentingan UMNO? 

Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah .
JINGGA 13 juga mendesak pihak polis dan SPRM agar segera mengambil tindakan terhadap terhadap Skandal NFC dengan telus dan profesional . 


Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalik juga wajar diambil kira seolah-olah bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh ahli keluarga beliau..

Termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang juga suami Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr. Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah Datuk Samsulbahrain yang masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

6 Februari 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive