Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 12 February 2012

PULAU PINANG - FAKTA JELAS AGAMA ISLAM JAUH LEBIH BAIK DI BAWAH PR BERBANDING BN.




Kita tidak mungkin akan dapat membandingkan corak pemerintahan di pulau Pinang di antara BN dan PR sekiranya kita tidak berani berubah pada PRU12 tahun 2008 dulu... 

Atas sikap berani berubah rakyat Pulau Pinang pada 2008 lalu lah.. 

Maka kita kini boleh mendapatkan "FAKTA" yang jelas,pentadbiran yang manakah jauh lebih baik di antara BN dan PR dalam mentadbir Pulau Pinang...

Aku ingin kongsikan pemerhatian seorang anak jati Pulau Pinang terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat selama 3 tahun lebih di pulau Pinang....


Nama beliau adalah Syed Imran....
beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
dan juga pernah menjadi wartawan Bernama suatu ketika dahulu...

Dalam blog beliau KUDA RANGGI..
beliau menyatakan bahawa apa yang dipaparkan di media perdana negara adalah sangat berbeza dengan keadaan  sebenar di Negeri di bawah Pentadbiran PR itu...

Beliau menggambarkan bahawa laporan yang sering dipaparkan oleh media perdana hanyalah bertujuan mencipta persepsi "salah" supaya rakyat marah dengan  kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng dari DAP..


Beliau menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 % adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia.

Cuba kita lihat betapa besarnya jumlah hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri dahulu iaitu BN yang mewakilkan Parti Gerakan untuk mentadbir Pulau Pinang...

Dan lihat betapa pantasnya pulak Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh BN tersebut dalam 3 tahun setengah sahaja...

Orang melayu tidak sedar...
mereka mempunyai satu sikap yang sentiasa cuba menafikan dan menolak fakta kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya kerana negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP...

Orang melayu kena ubah minda...
kerana fakta yang kita ada kini menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa kini adalah jauh lebih baik dari pelbagai sudut..


Mari kita lihat perbandingan peruntukan kepada hal ehwal agama Islam di Negeri Pulau Pinang ketika di zaman BN dan juga ketika ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada masa ini..







Janganlah kita tolak kebaikan hanya semata-mata kita "dimomokkan" persepsi yang tidak benar mengenai DAP...

Aku tahu..
orang melayu sejak dari dulu lagi "dipaksa" menerima propaganda yang dibawakan UMNO bahawa DAP itu Komunis... dan komunis itu adalah DAP...
itu adalah propaganda yang dimainkan UMNO sejak lama dulu....

Ini terjadi kerana dulu tiadanya media baru bagi menyeimbangkan antara "FAKTA" dan "PROPAGANDA" ciptaan UMNO....

Kini..
maklumat sampai kemerata ceruk kampung....
dan kini..
tiba masanya kita berubah...

Segala fakta yang ada telah meletakkan kita wajib untuk berubah..
berubah menolak BN...!!


 

20 comments:

  1. baguslah kalau berjaya kurangjkan hutang.. tapi apa melayu dapat? ala pasal peruntukan 2 tu memangla tanggungjawap kerajaan negeri tak yah la nak ungkit2. lagi pun banyak tu je yang dia kasi kat orang islam cuba la bagi fakta berapa banyak plak dia kasi untuk kaum dia dan sema kafir2 tu... Orang kita ni yang sepemikiran dengan penulis hi tak lak berfikir pasal masa depan agak agak kalau lah DAP yang berkuasa Melayu ke mana? kalau bumi dipijak nanti milik orang... air mata darah sekalipun kita tak akan dapat kembali...

    ReplyDelete
  2. Bro, kalau DAP bg lebih byk kpd kaum dia, ko nak undi BN gak ke? Dpt kat gerakan gak nanti. Ko lebih percaya gerakan la? Walaupun track record teruk?
    DAP berkuasa? Di putrajaya? Kerusi yg DAP bertanding di parlimen hanya 46, PAS 67, keadilan 93. Cuba cerita macamana DAP boleh berkuasa? Sy tak pandai kira kira.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya dibentang semua data-data pendapatan dan perbelanjaan kerajaan pulau pinang untuk setiap tahun untuk 3 tahun berturut-turut, kemana dan untuk apa perbelanjaan tersebut. Dengan itu baru pembaca dapat gambaran sebenar dan dapat membuat penilaian. Apa yang dibentang ni hanya sebahagian kecil saja dari apa yang sebenarnya. Walau bagaimana pun ini satu permulaan yang positif.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kenapa x ambil kira statistik projek pembangunan kat PP, ingat buat bangunan jalan raya x pakai duit ka.yalah dah macam ada, boleh kira kemajuan kat PP tu PR yang bangunkan.

    ReplyDelete
  6. apsal aku tengok audit angkat dia sikit je...?

    ReplyDelete
  7. Bukan nak bersikap rasis atau berat sebelah. Tapi sekadar peringatan kepada orang Melayu untuk direnungkan. Mungkin sekarang kita nampak DAP dikuasai kaum Cina telah berbakti, beri macam-macam untuk kaum Melayu. Saya memang akui andaikata DAP berjaya memerintah Penang dengan baik. Kurangkan hutang, peruntukan untuk Agama Islam, duit untuk sekolah Agama Rakyat dan macam-macam lagi bantuan untuk Melayu.

    Tapi persoalan sekarang sampai bila? SAMPAI BILA? Kalau suatu hari nanti kalian Melayu yang menyokong, hingga berjaya membuatkan mereka menguasai kerusi di Parlimen. Dan mungkin mendapat hak sama rata seperti yang kalian yang inginkan. Dan pada masa itulah nanti, kalian akan sedar apa yang parti DAP ini mahukan sebenarnya. Selepas berjaya menguasai ekonomi negara, pada masa itu mereka menguasai politik pula. Segala sandiwara mereka akan terbongkar. Tapi pada waktu itu, semuanya sudah terlambat. TERLAMBAT.

    Pada asalnya, memang Malaysia ini digelar TANAH MELAYU. Jadi kita sebagai bangsa Melayu, hendaklah bersatu pertahankan hak dan keistimewaan kita sebagai kaum Melayu. Jangan terlalu pemurah hingga sanggup menggadaikan hak istimewa kita sendiri. Jangan baik sangat hingga kita rela dipijak-pijak.

    Saya bersetuju kita sebagai rakyat Malaysia, sangat penting untuk bersatu padu di dalam negara yang berbilang bangsa ini. Tapi pada masa yang sama, hak asal bangsa kita turut perlu dipertahankan.

    Melayu, marilah bersatu. Kita sudah terlalu lama berpecah. Hingga ada pihak lain sudah mula mengambil kesempatan atas perpecahan kita.

    Renungkanlah. Mohon jangan tutup fikiran anda, baca dan fikirkan semula. Jangan taksub, jadi rasional. Fikirkan masa depan anak cucu kita nanti, bukan kepentingan kita sekarang sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon baca komen di atas mengenai bilangan kerusi parlimen PRU13 sebelum komen. Mohon fakta sekiranya mempunyai hujah, tq.

      Delete
    2. Kerusi yg DAP bertanding di parlimen hanya 46, PAS 67, keadilan 93. Cuba cerita macamana DAP boleh berkuasa? Sy tak pandai kira kira.

      Fakta diataskah yg saudara maksudkan. Saya baca dan fahami fakta ini. Memang benar dan saya akuinya. Tapi cuba lihat sendiri, cuba analisis balik berapakah kerusi yang dimenangi oleh DAP berbanding kerusi yang dimenangi PAS dan PKR. Adakah PAS melebihi DAP? Adakah PKR melebihi DAP?

      Saya rasa tidak susah untuk mengira parti komponen manakah dalam PR yang menang lebih banyak. Budak tadika pun boleh tahu siapa menang banyak, siapa menang sedikit.

      Keputusan kerusi Parlimen dimenangi PR dalam PRU13:

      DAP : 38
      PAS : 21
      PKR : 30

      Jumlah dimenangi : 89 kerusi Parlimen

      Saya dah beri fakta dan hujah. Sekian, terima kasih.

      Delete
    3. Abang, kalu betul DAP berkuasa pada parlimen dan mahu mengubah dasar negara, majoriti negara ini 70% Melayu, tentera, polis kebanyakkan terdiri daripada kaum Melayu, kita ada lagi raja-raja Melayu, takkan mereka tak bunyi pasal ini?

      Orang yang selalu anggap DAP mahu jadikan Malaysia sebagai negara kristian lah, negara republic tanpa raja lah memang tak pakai logik berfikir. Tak mungkin akan berlaku kerana kerusi DAP yang menang hanya 38 seperti yang dimaksudkan, katakanlah DAP menang besar, tak mungkin juga sampai 100 kerusi, kalu mahu laksana dasar yang dinyatakan tadi, mana pergi UMNO? PAS atau PKR? Mereka tak akan bantah ke?

      Delete
  8. Hello...kalau macam tu baik kerajaan bubarkan saja DAP ni...apa da kata demokrasi. Hang ni menghina Yang Di Pertuan Agong kaa..? Masa MCA dulu hang tak bising pun macam ni. Masa PR nak bising pulak? PR tu kan ada PKR dan PAS apa yang bahalul sangat ni? PR ramai Melayu lah bai....itu lah kesyirikan yang ada pada orang Melayu ni. Dia fikir UMNO saja mampu membela Islam di Malaysia ni. Habis Melayu Islam dalam PR kau nak letak mana bai? Tulis tu pakai akai lah sikit banggg!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dahulu saya ingin saudara berfikir sendiri tentang pertuturan dan budi bicara saudara. Kata-kata kesat dan mencerca seolah-olah menjadi perkara biasa bagi saudara. Komen saudara juga menunjukkan saudara seperti seorang yang taksub, terlalu mengikut perasaan dan berfikiran tertutup. Manusia boleh berubah, saya percaya saudara mampu melakukannya.

      Untuk menjawab dan memberi pendapat tentang komen saudara. Saya mulakan dengan soal DAP. Saudara boleh lihat sendiri betapa berpengaruhnya DAP dalam PR. Walaupun kerusi yg mereka tandingi lebih sedikit daripada PAS dan PKR tetapi pada keputusannya akhirnya, mereka menang lebih banyak. Bertanding sedikit tapi mampu menang banyak. Memang Cina sedikit, memang mereka tak boleh jadi PM, tapi suara mereka di Parlimen semakin bertambah.

      Soal parti komponen dalam BN pula, MCA dan MIC merupakan parti komponen yang bersifat lebih terbuka dan lebih menghormati suara kaum majoriti. Oleh itu, komponen UMNO juga turut menghormati mereka dan tidak pernah mengabaikan mereka. UMNO juga diberi keistimewaan untuk bertanding di lebih banyak kerusi berbanding MCA dan MIC. Dalam sejarah, tidak pernah MCA dan MIC memenangi kerusi lebih banyak dari UMNO. MCA dan MIC ternyata bersikap matang dan memahami keistimewaan kaum Melayu selaku kaum majoriti di negara ini. Inilah sebenarnya toleransi dan keharmonian dalam parti BN yang menunjukkan kesepakatan dalam kalangan rakyat mejmuk di negara ini.

      PR memang ada PAS dan PKR. Orang Melayu juga ramai dalam PR. Itu fakta yang tak boleh disanggah. Saya akui itu. Tapi lihatlah kemenangan PR di kerusi Parlimen lebih dikuasai parti DAP. Sedangkan DAP bertanding paling sedikit di kerusi Parlimen. Dimanakah undi orang Melayu yang dikatakan ramai itu. Sudah pasti ada Melayu yang mengundi DAP. Baiklah, mungkin itu tandanya Melayu dalam PR sangat terbuka dan sanggup mengundi calon DAP demi kejayaan PR. Bagus, anda sangat teguh pendirian demi kejayaan PR.

      Delete
    2. Sambungan....

      Tapi fikirkan semula. Di kawasan yang mana PAS VS BN, atau PKR VS BN. Parti manakah yang kebiasaannya menang. Kalau ikut pemerhatian saya, BN lebih banyak menang terutamanya di kerusi Parlimen. Jika tadi Melayu dalam PR sudah bantu calon Cina DAP untuk menang. Dan DAP telah menang. Persoalannya sekarang, adakah kaum Cina dalam PR itu telah mengundi calon Melayu PAS dan calon Melayu PKR. Jika mereka mengundi PAS dan PKR, mengapakah BN yang menang. Sungguhpun kawasan itu majoritinya Melayu, tapi undi Cina dan India tetap dikira dan mampu mengubah keputusan. Fikirkan kenapa PAS dan PKR menang sedikit walaupun mereka paling banyak bertanding. DAP pula boleh menang banyak walaupun mereka bertanding hanya sedikit.

      Saya tidak pernah mengatakan hanya UMNO sahaja yang boleh membela Islam di Malaysia. Saya percaya PAS boleh melakukan lebih baik dari UMNO kerana asas Islam lebih kuat dilihat dalam pucuk pimpinan PAS itu sendiri. PKR juga ramai Melayu Islam. Tapi jika dilihat semula, adakah PAS cukup kuat untuk membela Islam di Malaysia jika mereka di bawah PR. DAP sudah terang-terangan membangkang hudud. Pandangan PAS diketepikan. PAS hanya akur. Kalau lah betul PR itu sebuah Pakatan untuk Rakyat, pasti parti komponen dalam PR tidak membangkang sesama mereka. Mereka sepatutnya duduk bersama, berbincang dan memilih jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat.

      Saya juga mengakui jentera parti PAS memang kuat dan sokongan orang Melayu untuk PAS juga bertambah kuat. Tetapi mengapa mereka banyak kalah di kerusi Parlimen. Sedangkan DAP berterusan menambah bilangan kerusi Parlimen yang mereka menangi berbanding PRU12 dahulu. DAP berjaya menambah 10 kerusi Parlimen, manakala PAS dan PKR masing-masing kehilangan 1 kerusi. Perlu diingatkan kembali, DAP paling sedikit bertanding di kerusi Parlimen berbanding PAS dan PKR. Jumlah kerusi dimenangi menunjukkan jelas kaum Cina dalam PR bersatu menyokong DAP tetapi adakah
      mereka turut membantu calon PAS dan PKR. Lebih menyedihkan, ada kaum Melayu yang sanggup mengundi calon Cina dari DAP walaupun ada pilihan untuk mengundi calon Melayu yg beragama Islam tidak kisah lah dari parti BN,Bebas atau parti lain yg turut bertanding.

      Akhir sekali, harap saudara jagalah pertuturan dan penulisan saudara. Jangan menulis mengikut emosi dan tanpa berfikir panjang. Bukalah fikiran dan bukannya menyempitkan diri dengan ketaksuban. Sekian, terima kasih.

      Delete
    3. maaf...fakta yg anda berikan sgt tepat dan bernas skali utk menyelewengkan org ramai.
      mungkin macai akan buat2 kupa bahawa BN sehabis mungkin memanipulasi SPR utk terus pegang kuasa di Parlimen pada PRU13 lalu.

      Banyak undi2 pos dan undi2 pendalaman lain dibawa masuk ke Parlimen dan tiada fokus utama utk mengkucar kacirkan undi DUN..sbb itu byk DUN dipegang PR manakala Parlimen masih berterusan di kotori oleh BN

      Delete
    4. 40k bangla mna..??? 40k tu..

      Delete
  9. Di Malaysia, menurut laporan Transparency International, cuma Pulau Pinang dan Selangor sahaja yang bajet mereka didedahkan untuk pengetahuan umum. Negeri lain bila lagi?..

    ReplyDelete
  10. Dung Daaaaang Dung Daaaaang korang ni..

    Point Syed Imran ialah : Beliau menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat

    Dari Segi Agama Pula, for your information Lim Guan Eng mesti buat macam itu kerana Azan telah di slowkan & Outdoor Speaker telah dilarang digunakan Selain Azan termasuklah Khutbah Jumaat. Bukankah itu Dakwah? Jadi, nak tarik Dakwah Islam, kenaaaa lah sogok. Dan for your information, Taktik ini Not The 1st Time in The World... Cuba baca secarah Catalunya ke atau Memana Bekas Negara Islam. What Ever It Is..... Selamat Maju Jaya bila Di Soal Allah nanti. Suruh Lim Guan Eng jawapkan eekkk

    ReplyDelete
  11. taskirah di haramkan kat pahang bulan puasa ni macai umno xbising plak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai umngok tak penah nak cerdik.. 56taun d brainwash, rosak dh palotak

      Delete
    2. 40k bangla mna??..40k bangla..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive