Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 10 February 2012

NAJIB GADAI AKIDAH - NAJIB DITEGUR SETIAP TAHUN,TAPI TIDAK DIENDAHKAN - HARUSSANI.


Harussani kali ni nampaknya terpaksa bersuara dan menegur Najib secara terbuka..

Mungkin kerana beliau sudah bosan apabila tegurannya terhadap Najib yang melibatkan soal akidah dipandang remeh oleh Presiden Parti yang sangat perkauman tu....

Isu yang dinyatakan oleh Harussani sebagai boleh menggadaikan akidah tu adalah menyertai upacara
keagamaan bagi penganut Hindu, iaitu Thaipusam...


Mufti Perak tersebut melahirkan rasa terkilan dengan sikap Najib yang menggadaikan akidah beliau apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani....
"walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.."

"Ini perbuatan syirik....
saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.."

“Bagaimana boleh terlajak macam ini...?
sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... 
sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” 
katanya kepada The Malaysian Insider.

Jamil Khir patut tegur Najib.!!

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... 
 itu upacara ibadat mereka.."

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil...."

"Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves....
selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... 
kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.."

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... 
kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

Kita diperintah oleh Perdana Menteri  melayu yang mengaku Islam tetapi tidak mengetahui hukum-hukum Islam..

Dan yang paling kritikal adalah apabila Mufti tegur dan melarang... 
Najib dengan selambernya tidak mengendahkan teguran dan nasihat Mufti tersebut....

Malang sekali kita ada Perdana Menteri yang macam ni...


Adakah selepas ni blogger UMNO akan kata Harussani adalah GAY..?

Sebab sebelum ni individu-individu yang hentam Najib, Rosmah dan kerajaan...
blogger UMNO akan memfitnah mereka sebagai GAY..
kah..kah..kah..

4 comments:

  1. menteri agama umno dah terlupa nak nasihat najib kerana sedang mencari jalan bagaimana nak merembat duit anak2 yatim pulak

    ReplyDelete
  2. tak tau nak kata apa...mcm dia ber2 pula yg diraikan...dikalung2 begitu...sdgkan tu perayaan depa utk dewa-dewi depa..wallahuallam

    ReplyDelete
  3. demi politik.. sanggup meletakkan akidah dihujung tanduk...

    ReplyDelete
  4. Laporan polis boleh di ubah2. Kalau paksa buat laporan baru, pasti nama Najib akan di keluarkan dan tak terlibat macam kes Altantuya juga. Kedua2 Rosmah dan Najib akan menafikan ada hubungan dengan ajaran Hindu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive