Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 23 February 2012

MB SELANGOR JAWAB FITNAH RPK.


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa beliau memberi projek lumayan bernilai berbilion ringgit kepada pemilik I-Bhd Lim Kim Hong.
 
“Kedudukan dan hubungan saya sebagai ahli korporat lebih 35 tahun itu adalah untuk semua orang, termasuk ahli-ahli perniagaan.

“Saya ada hubungan baik dengan beberapa rakan seperti Tun Dr Ismail. Saya kenal Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri AzmanHashim. 
Hubungan ini tidak semestinya menjadi kelebihan untuk mendapatkan kontrak.

“Mereka tuduh saya bagi kontrak. 

Saya kena buat kenyataan. Umpamanya dalam tulisan RPK bahawa projek Sungai Klang diberi kepada I-Bhd sedangkan mereka (I-Bhd) tewas dalam tender untuk mendapatkan projek itu.

“Jika begitu bagaimana I-Bhd yang dikatakan kroni tidak dapat projek?,” soal beliau.


Bagi aku...
untuk menilai tuduhan dan serangan Raja Petra ni..
kita tengok bagaimana ketika dia menuduh YB Shuhaimi dan YB Amir terlibat dengan rasuah pasir..

Raja Petra tiba-tiba membangkitkan tuduhan lama yang pernah dibangkitkan pada tahun 2010 dan pada tahun itu juga SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap dua orang dan SPRM mendapati tiada asas untuk mendakwa mereka berdua..

Apabila SPRM sendiri yang menjelaskan tiada asas untuk memanggil semua YB Shuhaimi dan YB Amir,maka isu ini pun senyap dengan sendirinya,dan tuduhan Raja Petra dipatahkan begitu sahaja...

Semua ini dilakukan hanyalah bagi mencipta persepsi buruk dikalangan rakyat bawahan,orang kampung dan melayu Felda terhadap Pakatan Rakyat..

Ini kerana,tuduhan liar yang tidak benar beritanya itu akan disiarkan di dalam Utusan dan TV3 dan kedua-dua media itu menjadi penyalur maklumat kepada orang kampung sedangkan jawapan bagi tuduhan tersebut tidak disampaikan oleh media perdana UMNO tersebut...

Walaupun tuduhan itu dengan mudahnya dipatahkan kerana ianya hanyalah merupakan satu fitnah..
tetapi "persepsi kurang baik " telah pun masuk dalam kepala orang kampung..
inilah cara mereka dan inilah matlamat mereka...

Orang yang tidak mendapat "habuan" dari Pakatan rakyat biasanya akan marah dan menyerang Pakatan Rakyat... walaupun dulunya merupakan rakan dalam politik..

Dalam kes Raja Petra ini..
beliau marahkan PKR....
kerana habuan yang diminta tidak dapat dipenuhi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive