Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 29 February 2012

MALAYSIA TERLIBAT BIAYAI EKONOMI YAHUDI - JINGGA 13 HANTAR MEMORANDUM KE KEDUTAAN PALESTIN 2 MARCH 2012 INI.



Siri pendedahan oleh Jingga 13 terhadap perdagangan Kerajaan UMNO dengan Yahudi tidak terhenti dengan pendedahan kemasukan kapal Israel ke Pelabuhan Klang dan demo aman di pintu masuk West Port sahaja....

Tetapi ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Kedutaan Palestin bagi menyatakan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin selama ini serta menunjukkan bantahan terhadap hubungan dagang Malaysia dan Israel selama ini..

Penyerahan memorandum itu akan diadakan:
Tarikh : 2 March 2012,
Masa : 2:30pm (selepas solat jumaat)
Tempat : Kedutaan Palestine , 63, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.
 
Bagi yang kurang pasti kedudukan kedutaan Palestin,rujuk peta dibawah ini..


 
Bantahan ini wajib dan perlu!!!
ianya bagi menyatakan suara sebenar rakyat Malaysia terhadap konflik Palestin - Israel...

Palestin mungkin merasakan tidak wajar DISAAT rakyat mereka dibunuh kejam,kanak-kanak ditembak mati,rumah dirobohkan tanpa belas ehsan dan bantuan makanan disekat dengan begitu teruk sekali,tetapi Malaysia membuat hubungan dagang dengan Israel dan membantu menjana ekonomi negara yahudi tersebut...

Kenyataan media NGO Jingga 13...

JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012.

Satu Perhimpunan Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan di hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012 lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .

Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik


Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin , Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel.

Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel. 


HUBUNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP ISREAL...!!!

Justeru sempena kemasukan kapal ZIM ALAMABA pada 29 Februari 2012, JINGGA 13 akan menghantar memorandum dan bukti hubungan dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan    kapal-kapal Isreal ke negara Malaysia sebagai soladiriti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

Memorandum tersebut akan turut disertakan segala dokumen , rakaman video dan gambar sebagai bukti bahawa wujud segala pengkhianatan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia -Isreal.

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat bersama -sama pada 2 Mac 2012 , selepas solat Jumaat beramai-ramai ke kedutaan Palestin bagi menghantar memorandum tersebut . 


JINGGA 13 menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.


Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
ketua Koordinator JINGGA 13.


Lianglahad :- kalau benar-benar sokong perjuangan rakyat Palestin,mari kita hadirkan diri beramai-ramai...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive